Aerials

Selasa, 16 Julai 2019, 2:00 pm161

Lyric: Aerials by System of a Down.

Saya ada sedikit cerita mencuit hati tentang aerial, iaitu aerial TV. Dulu semasa kami tinggal di Tebakang, siaran TV tak berapa jelas, jadi bapa saya membuat satu aerial TV DIY yang panjaaang betul. Beberapa rod aluminium daripada aerial lama dipotong agak pendek kemudian dipasang banyak² pada batang paip PVC seperti aerial tulang ikan yang popular semasa NTV7 mula bersiaran hujung tahun 90an dulu. Lepas tu ada lagi tudung kuali lama dipasang di hujung aerial konon² nak buat macam parabola 😆.

Aerial tu pulak dipasang di belakang rumah kuarters menggunakan buluh yang tinggiii, lebih tinggi daripada kuarters 2 tingkat di belakang kuarters kami. Bila nak tune siaran TV, kami pusing saja batang buluh tu, bila dapat siaran yang OK sikit, kakak saya terjerit² dari dalam rumah suruh berhenti pusing 😂. Last² dapat jugak siaran TV yang jelas sikit daripada sebelumnya.

Dan disebabkan waktu tu masih kanak² lagi, saya dan adik saya tiap kali dibawa berjalan² ke kedai atau pekan, kami pula sibuk check aerial TV rumah orang, sampaikan macam gila melukis aerial TV. Dalam buku latihan, aerial TV. Kertas surat khabar, ada aerial TV. Dekat kertas lukisan, pun tak habis² aerial TV, sampai sepanjang² kertas tu lah panjang aerial tu, dengan ntah berapa banyak parabola tudung kuali yang dilukis. Ntah apa² la waktu kecik dulu kan, haha 🤣.

Nota: Bagi yang menggunakan MYTV, boleh guna aerial ini untuk mendapat siaran yang macam betul-betuuul 👍.

Tulis komen: