Cuci dalam Unser, ready nak jadi offroader

11 September 2021, 8:50 pm

Jalan Sabah-Sarawak (SSLR) baru saja nak mula dibina bulan ni ⁽¹⁾, nak kena tunggu 5 tahun lagi baru siap, itu pun kalau ikut jadual. Kalau ikutkan rekod, projek² pancing undi macam ni selalunya 10 tahun lepas umum pun tak confirm siap, lihat Matang-Malihah & Hospital Petra Jaya 🤷‍♂️. Oleh itu, ini langkah pertama nak cuba cari sendiri jalan ke Limbang guna jalan sawit & jalan balak, upgrade Unser jadi offroader.

Bila bertembung, mulalah melengkung badan, bulu belakang meremang, kepala senget menoleh 😹

8 September 2021, 5:55 pm

Si ni, dapat setahun lalu masih kecil lagi ⁽¹⁾, sekarang dah 2 kali beranak. Anak dia beberapa bulan lalu ⁽²⁾ semua mati sebab dia selalu dipindah²kan. Kucing bila nak angkat anak, dia gigit belakang leher anak dia kemudian bawa secara menggonggong. Bila dibawa melompat naik turun tempat tinggi, itu menyebabkan kecederaan leher, yang jadi punca anak kucing mati.