Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Belum lagi masuk fasa endemik

277527833_502117474691400_714262490663440492_n.jpg

Jumaat, 1 April 2022, 8:00 am0

Hari ni baru masuk fasa PERALIHAN ke endemik. Alih²kan sikit mimik tu 😅.

Perubahan dalam fasa peralihan ini adalah:

  • Had operasi premis perniagaan dimansuhkan. 7E dah 24 jam balik 🎉.
  • Tak perlu scan MySejahtera di tempat terbuka, tak sesak & tiada perhimpunan orang ramai. Berpeknik kat pantai tak perlu check in 🏖.
  • Solat jemaah dah boleh rapat saf. Pihak tertentu dah boleh pergi claim kejayaan ‘perjuangan’ 🏴‍☠️.
  • Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. Yang takut jarum dah boleh masuk ofis 💉.
  • Semua boleh rentas negeri tak kira status vaksinasi. Gembira la puak antuvax ☠.
  • Aktiviti melibatkan perkumpulan ramai tidak lagi dihadkan kepada kapasiti 50%. Stadium dah boleh isi penuh ⚽.
  • Sempadan negara dah dibuka. Dah boleh drive ke Mae Hong Son? 🏎

Kena buat langkah demi langkah, sedikit demi sedikit, tak dapat terus² ke fasa endemik. Seperti nak berdiri dari duduk, kena angkat badan dulu. Bila dah betul² dalam fasa endemik nanti, agaknya pelitup muka pun mungkin dah tak perlu pakai lagi 😷.

Sumber – https://www.pmo.gov.my/2022/03/kenyataan-media-berkaitan-fasa-peralihan-ke-endemik/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/502117988024682/

Tulis komen: