Tiba-tiba hari raya 🎶

279491449_521640406072440_8681524425422848923_n.jpg

Ahad, 1 Mei 2022, 8:55 pm0

Nyanyi ikut melodi lagu Black Dog Bone, Cahaya Di Aidilfitri 😅.

Seingat saya dulu waktu sekolah rendah pun ada situasi begini, kira² dalam tahun 95-98. Ikut kalendar, hari akan disambut pada hari selasa. Tapi setelah diteropong & nampak anak bulan, hari raya akan jatuh sehari lebih awal, esok hari.

Masa tu kamboh sekitar quarters klinik orang berebut nak buat persediaan raya. Macam sekarang ni lah, semua huru-hara macam² belum sedia lagi. Ketupat belum anyam, santan belum perah, ayam belum sembelih, songkok belum beli.

Macam-macam. Baju raya pun belum beli lagi 😆.

Sedia cas Airpods awal², malam ni akan bunyi perang.

Lagu raya tahun ni – https://fb.watch/cKVOpW6Qv0/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/521640446072436/

Pingback: Sorotan gambar emau sepanjang 2022 😹

Tulis komen: