Belum terlewat lagi untuk si emau item ni mengucapkan…

Isnin, 11 Julai 2022, 8:55 am67

292237253_568180428085104_6220957514549122983_n.jpg
Selamat Hari Aidiladha 🕋.

Rutin hujung minggu ke kedai dobi kat Bayan Baru ⁽¹⁾, selalu terjumpa kucing ni lepak kat barisan lot kedai. Tapi semalam takda jumpa.

Sebaliknya hampir buat hal semalam, tak dapat start. Bila pulas kunci, lampu kat meter cluster semua nyala, tapi starter tak hidup. Rasanya ada connector longgar atau wayar terputus.

Check sambungan wayar dalam enjin & dekat bateri, semua nampak ok. Ternampak satu wayar disambung menggunakan fius kemudian dibalut electrical tape, logam kat fius tu dah berkarat, tapi tak pasti itu puncanya.

Berbagai soket sambungan wayar diketatkan kembali, termasuk yang dalam kereta. Masih belum tahu punca. Hujung² cuba lagi pulas kunci, baru starter dapat hidup. Mungkin sambungan dekat suis kunci kereta (ignition switch) yang problem.

Sekarang masih tak pasti lagi, kereta nampak macam minta masuk wad 🏥.

292367434_568180444751769_6121721474722011568_n.jpg
McD Batu Kawan

Ini bukan kali pertama begini. Pernah sekali jalan² ke McD Batu Kawan, lepas order take away, kereta tak dapat start. Nasib baik lepas usik² sikit kabel dekat terminal bateri, lalu dapat start.

Hari ni rehat kat rumah jak main game. Harap esok nak ke ofis takda problem 😪.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/alley-cat-penjaga-dobi/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/568180498085097/

Pingback: Sorotan gambar emau sepanjang 2022 😹

Tulis komen: