Pindah anak pokok ke hidroponik kratky method
4 minggu lepas benih capsicum ini disemai ⁽¹⁾, sekarang dah memanjang, boleh dipindahkan ke pasu #hidroponik berisi air baja. Saya recycle barang² sedia ada untuk tujuan ini:
4 minggu lepas benih capsicum ini disemai ⁽¹⁾, sekarang dah memanjang, boleh dipindahkan ke pasu #hidroponik berisi air baja. Saya recycle barang² sedia ada untuk tujuan ini:
Ini cara mudah untuk semai biji benih, yang nantinya saya nak pindah ke #hidroponik kratky ⁽¹⁾. Gunakan bekas plastik bertutup - saya recycle bekas kuih ⁽²⁾. Isi dengan hidroton, atau batu sungai saiz sederhana, lebih kurang ½ inci.
Kat bungkusan baja AB pepejal selalunya ada arahan untuk membancuh, berapa banyak air untuk berat baja yang ada. Baja AB yang saya beli ini ⁽¹⁾ beratnya 1 kg untuk setiap satu, dan kena bancuh dengan 4 liter air. Hasilnya akan ada 4 liter baja A & B yang masih berkepekatan tinggi, untuk disimpan sebagai stok, dan kena dicairkan lagi bila nak diguna pada tanaman #hidroponik.
Dulu² agak susah nak jumpa pasaraya jual baja AB, kat kedai #kebun & nurseri pun hanya jual baja AB cecair, jenis pepejal kena beli online.