6 Ogos 2021, 6:55 pm
Ini screenshot daripada video seorang truck camper dari Jepun. Dia bina satu struktur bilik sebagai tempat menginap semasa berjalan² melancong dengan style #campervan, dan diletakkan di belakang kei truck Subaru Sambar. Dalam channel Youtube ‘Tales Along The Way’, ada video menunjukkan proses pembinaan dari mula hingga dapat dibawa bercamping.
#campervan
#makan
#resipi
20 Julai 2021, 1:30 pm
Dalam satu episod Spongebob Squarepants ⁽¹⁾, dia ada tunjuk cara untuk menyusun topping dalam burger Krabby Patty. Jadi apa lagi, mestilah nak cuba.
#makan
#raya
#resipi
18 Julai 2021, 2:55 pm
Caprese ialah satu menu yang paling mudah untuk disediakan, dalam video pertama Dentan Cooking ⁽¹⁾ pun dia buat menu ini dulu.
#makan
#resipi
15 Julai 2021, 7:30 pm
Peti sejuk yang dulu, rasanya dah berumur lebih 20 tahun, compressor dah rosak 3 bulan lalu. Kalau nak repair, kos untuk tukar compressor baru 500 lebih, yang baru ni 600 lebih, tak jauh beza.
#makan
#resipi
14 Julai 2021, 8:30 pm
Mochi + milk coffee Sundrop. Mochi diperbuat daripada tepung pulut berintikan kacang merah, kuat rasa manisnya, dilawan dengan rasa pahit #kopi susu Sundrop. Rasa air kopi tin ini lain daripada kopi tin lain seperti Nescafe, Wonda atau Pokka - rasa pahit memang kuat ☕️.
#kopi
#makan
#minum
4 Julai 2021, 9:30 pm
Pringles & keripik singkong banyak rasa masin, keropok pisang BanaBee pulak ada masam² sikit sebab perisa tomato, last² kerepek pisang ni jugak yang paling best, sebab manis~.
#makan
10 Jun 2021, 9:00 pm
Sebelum membandingkan perbezaan, saya senarai dulu persamaan kedua² jenama produk ni:
#makan
#pasta
3 Jun 2021, 5:55 pm
Tortilla adalah roti keping bulat tu. Burrito pulak nama menu yang menggunakan tortilla. Antara menu lain menggunakan tortilla ialah taco & fajita. Nanti² nak jugak try buat 😁.
#makan
1 Jun 2021, 11:55 am
Raya lalu saya cuba buat steak style bushcraft ⁽¹⁾. Tapi sekarang tengah PKP, tak dapat nak ke hutan bercamping, jadi untuk #gawai hari ni saya cuba buat tortilla wrap, dengan isi ramuan yang mudah - daun salad, tomato ceri & telur rebus, ditambah salsa.
#Gawai
#makan
27 Mei 2021, 5:00 pm
Kuih angku atau juga dipanggil kuih kura² ni diperbuat daripada beras pulut dengan inti kacang. Jenis kacang saya tak pasti, nampak macam kacang putih. Update: inti kacang hijau yang dibuang kulit. Yang bagusnya, cukup rasa & tak berapa manis.
#kuih
#makan