Steak bushcraft Aidilfitri

185513137_303159661253850_7514373283223498015_n.jpg

Khamis, 13 Mei 2021, 5:15 pm

Steak Aidilfitri.

Percubaan memasak steak guna kayu api style bushcraft noob, daging hangus sebelah 😂.

Lepas masak nasi impit, kayu dah banyak habis terbakar, arang yang tinggal tak cukup panas sebab pakai kayu jenis lembut.

Bila tambah kayu baru & mula masak steak, frying pan macam tak cukup panas. Lepas kayu baru mula terbakar, api jadi besar & terlalu panas sampai permukaan dia hangus, tapi isi dalam masih rare.

Tu yang last² potong jadi keping², jadi daging bakar jak, bukan steak lagi 😅.

Rasa daging: kalau marinade dengan sos BBQ, takkan jadi tak sedap, cuma ada rasa pahit sikit hangus tu 🤣.

Nah tengok video pendek pembikinan juadah ni, ada macam video ASMR jugak:

Lain kali nak kena cari kayu yang sesuai buat kayu api, jenis kayu lembut atau muda cepat terbakar jadi abu.

Komentar (3)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: