Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Spageti segera Thalia vs Master Pasto

199649481_320042472898902_8375145536583922920_n.jpg
191271232_320042489565567_8569415588626142978_n.jpg

Khamis, 10 Jun 2021, 9:00 pm0

Sebelum membandingkan perbezaan, saya senarai dulu persamaan kedua² jenama produk ni:

📌 Berat – 300g, jadi amaun spageti yang diperoleh juga lebih kurang sama, cukup untuk satu hidangan seorang.

📌 Daging tambahan – daging ayam.

Perbezaan:

📌 Packaging – brand Master Pasto menyimpan spageti & sos pada paket plastik seperti makanan askar (field ration) yang berasingan. Kedua²nya kena dikeluarkan dari bungkusan sebelum dipanaskan. Brand Thalia pula lebih mudah, semua dalam bekas, hanya perlu buat lubang pada penutup plastik sebelum dipanaskan. Brand Master Pasto ada sediakan garpu plastik manakala Thalia takda.

📌 Sos – brand Master Pasto mempunyai sos yang lebih manis, mungkin ditambah gula lagi pada sos marinara.

📌 Daging ayam – isi ayam brand Master Pasto nampak seperti isi ayam vegetarian, walaupun ada kepingan kecil ayam sebenar. Manakala Thalia berikan bebola isi ayam.

Bagi saya, saya lebih suka brand Thalia, sebab rasa sos pasta yang lebih original, dan juga daging yang diberi lebih banyak 👍.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/320042516232231/

Tulis komen: