Pergerakan antara zon di Sarawak dihadkan bermula 1/8/2020 hingga 14/8/2020.

28 July 2020, 9:20 am

Pergerakan antara zon di Sarawak dihadkan bermula 1/8/2020 hingga 14/8/2020.

Zon 1 – Kuching, Samarahan & Serian (zon kuning/merah)
Zon 2 – Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang (zon hijau)

Pergerakan antara 2 zon ini dihadkan, dan sesiapa yang ingin merentas zon dikehendaki mendapatkan kebenaran polis.

Pengecualian kebenaran polis diberikan kepada aktiviti berikut: tugas rasmi, pekerja perkhidmatan penting, kematian ahli keluarga terdekat, ahli keluarga sakit tenat dan keperluan pemeriksaan kesihatan.

Masa operasi perniagaan di zon 1 juga dihadkan kepada 6 pagi hingga 10 malam.

Arahan ini bagi mengekang penularan #Covid19 dari zon merah/kuning ke zon hijau.

Ok, masih boleh pergi Serian & Simunjan, masih dapat sambung kerja² construction 😋.

www.utusanborneo.com.my/2020/07/27/pergerakan-antara-zon-di-sarawak-dihadkan-dari-1-hingga-14-ogos

Gambar: #Matang Metrocity.

Pin It Send

Hantaran sohor kini:

Jalan² baru di sekitar Sarawak diumumkan bulan lalu.

1 July 2020, 12:10 pm

Jalan² baru di sekitar Sarawak diumumkan bulan lalu.

① – Jalan #Limbang ke #Miri tanpa melalui Brunei. Potongan #jalan yang menyambungkan Bawang Obor, Mentawai, Gunung Buda dan Gunung Mulu sedang rancak dalam pembinaan. Saya tak dapat peta lengkap jalan ini, jadi saya plot sendiri kedudukan tempat berdasarkan info yang ada. Kampung Bawang Obor tak ada dalam Google Map, tapi ia berada dalam kawasan Batu Danau. Tanah Merah di Upper Medamit pun tak jumpa, jadi saya letak Nanga Medamit saja. Kiranya jalan ni berada di sepanjang Sungai Limbang, hinggalah ke Lapangan Terbang Gunung Mulu.

Projek pembinaan jalan telah bermula tahun lalu, dan kini baru mencapai fasa pertama. Tak dinyatakan bila tarikh dijangka siap.

www.theborneopost.com/2020/06/14/road-to-end-border-crossings-hassle

② – Naik taraf Jalan Datuk Mohd Musa dari 2 lorong ke 4 lorong. Jalan dari Kem Penrissen ke bulatan Unimas. Saya selalu guna jalan ini kalau balik dari #Samarahan. Tempat yang selalu sesak adalah di simpang masuk ke Taman Samarindah & Bandar Riyal. Kalau waktu ambil budak² dari sekolah, jalan ni memang tersangkut habis.

Jalan sepanjang 11.6 km dijangka siap pada pertengahan 2023 (36 bulan) sekarang baru saja lepas majlis pecah tanah & bermula kerja² pembinaan.

www.theborneopost.com/2020/06/27/fadillah-road-upgrading-project-would-help-resolve-traffic-congestion-in-kota-samarahan

③ – Laluan pelengkap Jalan #Sibu#Kapit, dari Ngemah ke Temelat. Jalan sepanjang 9.5 km ini adalah sebahagian daripada jalan penghubung Kanowit ke Kapit sejauh 83 km. Sekarang berada pada tahap 76.2% siap, masih lagi di dalam landasan, dan dijangka siap pada Oktober tahun ini.

www.theborneopost.com/2020/06/28/sibu-kapit-road-missing-link-to-be-completed-by-october

④ – Jalan penyambung Kpg Segedup ke Kpg Sg Maong. Jalan baru ni menarik sebab terletak berdekatan Sg Sarawak, dan ada perancangan untuk membina perumahan di sini. Kalau ada kompleks apartment di tepi sungai macam Prima Bintawa, best diam kat sini.

Projek jalan sepanjang 3.6 km ini baru saja bermula lepas majlis pecah tanah kelmarin, dan dijangka siap pada Januari 2022 (18 bulan). Boleh jadi shortcut untuk yang dari #Matang nak ke Emart Batu Kawa.

www.theborneopost.com/2020/07/01/new-jln-sg-maong-segedup-route-to-provide-immediate-long-term-benefits-dcm

Pin It Send

Jalan² tengok gunung Serapi.

29 May 2020, 2:05 pm

Jalan² tengok gunung Serapi.

Gunung #Serapi adalah salah satu gunung yang dapat dilihat dari bandaraya #Kuching, selain gunung #Santubong. Pemandangan ini saya ambil semasa melalui Jalan Singai – #Matang, ataupun disebut ramai sebagai #jalan Kampung Kolong.

Di Gunung Serapi terletaknya menara pemancaran siaran TV dan radio. Menurut info dari #MyTV (myfreeview.tv/coverage), di sini juga terletaknya pemancar untuk siaran TV digital, tapi kami yang tinggal berdekatan sering mengalami gangguan siaran sampai beberapa saluran tak dapat diperoleh. Ada cerita juga kata stesen pemancar TV digital terletak di Gunung Gading kat Lundu. Kalau betul, patut la signal tak kuat 😩.

Ok, cerita pasal jalan pulak. Saya selalu pandu #kereta buat fun drive kat Jalan Singai – Matang ni sebab banyak selekoh² yang buatkan rasa mahu ambil kona baring. Selalunya saya bermula dari kawasan Kampung Kolong, kemudian keluar melalui Jalan Sungai Moyan. Kat jalan Sungai Moyan ni lah ada beberapa laluan lurus yang panjang, buat rasa nak memecut jak 🏎.

Tapi kalau nak lalu pemandangan nampak Gunung Serapi ni, kena jalan patah balik, dari Jalan Sungai Moyan ke Kampung Kolong. Di sini terdapat beberapa kampung kecil dan rumah² di sepanjang jalan, jadi kalau limpas kawasan banyak rumah atau simpang, kena perlahan sedikit, jalan pun tak berapa lebar. Sekurang²nya kualiti jalan bagus, dapat juga memecut & layan corner.

Jalan Singai – Matang ni hujungnya keluar ke jalan ke Bau, dekat kawasan Tondong. Saya sekarang jarang nak pandu sampai sini, sebab masih #MCO bersyarat, tak pasti kalau ada roadblock kat situ.

Pin It Send