Dobi Laundrybar dah tukar jadi Wash & Dry

166586144_276319867271163_7611906784957208752_n.jpg

Selasa, 30 Mac 2021, 10:00 am

Dobi Laundrybar dah tukar jadi Wash & Dry.

Kalau hari hujan², takut pakaian dicuci lambat kering, pastu jadi berbau, saya cuci pakaian kat layan diri saja, senang ada dryer.

Last saya ke Laundrybar adalah bulan Januari lalu, sekarang nampaknya Laundrybar dah tukar nama jadi Wash & Dry. Mungkin ada syarikat baru ambil alih, sebab kesemua Laundrybar kat bandaraya Kuching semua dah tukar nama.

Walaupun dobi ini ada sediakan sabun & pelembut, saya dapati lepas cuci & masuk mesin dryer, bila dah kering, masih ada lagi sisa² berbau pada pakaian. Mungkin sabun atau pelembut yang dimasukkan secara automatik tak mencukupi, ataupun jenis sabun atau pelembut tu yang tak cukup wangi, ataupun sesetengah mesin masih terdapat sisa kotoran daripada pakaian pelanggan sebelumnya 🤢.

Patut la saya ada tengok orang lain bawa sabun sendiri, mungkin kurang berpuas hati dengan detergen yang disediakan. Kena bawa Top & Downy sendiri jugak ni 😌.

Lokasi: Wash & Dry Metrocity.

P.s: Token MyDobi masih ada lagi disimpan, ada lebih waktu ke Miri hari tu ⁽¹⁾.

P.s.2: MetroCity Square (MetroMall) dah buka Sabtu lalu ⁽²⁾. Ada kedai Everrise, Dingtea, Mr. DIY, Ronnie, Taka dll. Tapi malam kelmarin saya limpas, tengok tulisan papan tanda yang berlampu kat tengah² bangunan tu hanya tinggal ‘MetroC’ saja yang menyala 😅.

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/01/cara-guna-dobi-layan-diri-oleh-seorang-noob-%f0%9f%91%b6
⁽²⁾ www.facebook.com/MatangNewTownship/posts/3327253057375733

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: