2 Disember 2021, 3:40 pm
Cawan silikon boleh lipat dari Daiso ni memang mudah untuk disimpan & dibawa jalan². Bila dilipat, dah jadi setebal iPhone. Tapi bila nak guna, dinding cawan ni lembut sangat, jadi melonjong bentuk bukaan cawan. Isipadu pun tak banyak, lebih kurang saiz cawan #minum soju.
#camping
#minum
17 November 2021, 5:35 pm
Lebih² lagi #makan waktu petang hari hujan, cuaca sejuk sambil #minum dengan teh panas, nikmat 😇.
#makan
#minum
9 November 2021, 8:30 pm
😂
#minum
#pasaraya
29 Oktober 2021, 7:40 pm
Yang ini air jus limau nipis, cukup seimbang rasa masam manis buah, macam baru diperah, memang cun dengan tagline ‘from fresh squeezed lime’. Minum sejuk² rasa segar.
#minum
23 Oktober 2021, 11:45 am
Ini jadinya bila selalu tengok video camping, macam² nak ikut 😅. Yang ni saya cuba ikut buat #kopi titis (drip coffee). Guna biji kopi belum dikisar, saya kisar sendiri guna pengisar manual, 2 sudu besar biji kopi untuk satu mug stainless steel ni, boleh exercise tangan pagi² 💪.
#kopi
#minum
7 Oktober 2021, 8:45 pm
Suhu baru 33.3℃ tapi rasa berbahang dalam bilik. Dengan kelembapan rendah, kena banyak #minum air, kalau tak, cepat dehidrasi, kalau dah rasa haus tu, itu tandanya badan kurang air.
#blockchain
#minum
#NFT
25 Julai 2021, 2:00 pm
Rasa #kopi masih lagi ada elemen Nescafe kat situ, tak seperti kopi McD yang lebih tulen rasa kekacang kopi Arabika.
#kopi
#lagu
#minum
#spotify
14 Julai 2021, 8:30 pm
Mochi + milk coffee Sundrop. Mochi diperbuat daripada tepung pulut berintikan kacang merah, kuat rasa manisnya, dilawan dengan rasa pahit #kopi susu Sundrop. Rasa air kopi tin ini lain daripada kopi tin lain seperti Nescafe, Wonda atau Pokka - rasa pahit memang kuat ☕️.
#kopi
#makan
#minum
31 Mei 2021, 5:00 pm
Sebelum ni saya dah cuba teh C special ⁽¹⁾, yang perisa pandan & kelapa tu lagi sedap, lebih² lagi kalau #minum sejuk.
#kopi
#minum
13 April 2021, 3:00 pm
Teh C Special jenama Three Tea adalah daripada syarikat Greenleaf F&B, manakala Sarawak 3-Layer Tea adalah daripada syarikat Leaves Food, kedua²nya syarikat berasal dari Sarawak.
#minum
#puasa