12 November 2020, 5:45 pm
KSR, atau Kuching-Serian road, telah dinaik taraf kepada jalan raya berkembar (dual carriageway), tak silap saya pada tahun 2003, masa tu saya masih lagi kat sekolah menengah Sainsku. Selalu jugak ambil van sapu dari Saujana ke #Serian, sambil tengok #jalan masih lagi dalam pembinaan waktu tu.
#dashcamdrive
#jalan
#PanBorneo
#Serian
11 November 2020, 5:45 pm
Mula dari LePapa supermarket dekat bulatan Emart Matang, kemudian melimpas 4 jejambat yang masih dalam pembinaan dari #jalan Kuching-Serian hingga ke pusat bandar.
#dashcamdrive
#jalan
#PanBorneo
3 November 2020, 7:00 pm
Ini #jalan #PanBorneo dari Bandar #Serian, laluan baru dah siap menuju ke Bukit Ampungan.
#jalan
#PanBorneo
#Serian
17 Oktober 2020, 10:50 am
Ingatkan #hargapetrol naik mendadak, rupanya satu sen saja. Jadi tak banyak sangatlah perbezaan dari minggu lalu.
#hargapetrol
#Lundu
#PanBorneo
#Petronas
10 Oktober 2020, 9:31 am
Menurut berita bulan lalu ⁽¹⁾, projek waterfront #Serian ini masih dalam cadangan & akan dibentangkan kepada CM Sarawak. Projek akan dilaksanakan berdekatan Kampung Hulu, dan mengikut lakaran projek, mungkin akan dibina di tepi Masjid Daerah Serian, tepi #jalan #PanBorneo.
#hargapetrol
#jalan
#PanBorneo
#Serian
15 Ogos 2020, 10:00 am
Dalam gambar ialah #jalan Datuk Stephen Yong Link, berdekatan Kuching City Mall. Tapak pembinaan kat tepi jalan ni adalah stesen minyak #Petronas baru yang sedang dibina. Lokasi ni strategik sebab jalan inilah yang akan menyambungkan highway #PanBorneo arah dari Serian ke Bau. Ada jugak tempat untuk jadi pit stop untuk mereka yang nak ke Bau / Lundu / Sematan tanpa singgah di dalam bandaraya #Kuching.
#hargapetrol
#jalan
#Kuching
#PanBorneo
#Petronas
10 Julai 2020, 10:30 am
Ini berikutan penguatkuasaan caj keluar masuk Brunei yang mengenakan bayaran sebanyak BND3 setiap seorang untuk setiap satu hala perjalanan ⁽¹⁾. Dalam pada itu, tol Jambatan Rasau, yang juga BND3 sekali limpas pula akan dimansuhkan.
#jalan
#Lawas
#Limbang
#Miri
#PanBorneo
25 Jun 2020, 12:45 pm
Semasa saya memandu dari Kuching hingga ke #Sematan minggu lalu, saya dapati masih terdapat sekatan #jalan raya dilakukan di jalan #PanBorneo ke Lundu, di simpang ke Sampadi.
#jalan
#Lundu
#PanBorneo
#Sematan
24 Jun 2020, 1:10 pm
Gunung Pueh berada di bahagian kanan dalam gambar. Gunung yang berada di belakang & bahagian kiri adalah Gunung Rumput.
#jalan
#PanBorneo
#Sematan
23 Jun 2020, 11:25 am
Lebih² lagi kalau memandu guna transmisi manual. Walaupun enjin dijana kuasa dengan turbo, tapi dengan keadaan jalan sekarang, memandu untuk 74 km, mengambil masa hampir 2 jam, lenguh kaki tekan clutch.
#Bau
#jalan
#Lundu
#PanBorneo