Pengisytiharan proklamasi darurat 11/1/2021 hingga 1/8/2021

138901391_230892311813919_7726437345319195549_n.jpg

Selasa, 12 Januari 2021, 11:55 am696

Semalam tengok umum PKP, hari ni pasal darurat pulak. telah mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh negara bermula hari ini hingga 1 Ogos.

Darurat kali ini diadakan kerana terdapat ancaman terhadap kehidupan rakyat & ekonomi negara, iaitu pandemik Covid-19 & bencana banjir di beberapa negeri di pantai timur Malaya. Ia bukanlah darurat rampasan kuasa, dan tiada perintah berkurung dikenakan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang saya sempat ambil nota:

📌 Kerajaan awam terus berfungsi seperti biasa, dan jemaah menteri masih bertugas dalam kementerian masing² mengikut perlembagaan.

📌 Kuasa² perlu kerajaan, untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit Covid-19, dan juga melakukan apa² tindakan bagi memastikan rawatan cepat disampaikan.

📌 ATM diberi kuasa membantu fungsi kesihatan awam

📌 Tentera, polis & imigresen diberi kuasa menjaga sempadan, termasuk menangkap PATI.

📌 Kerajaan boleh meningkatkan penalti kepada sesiapa yang melanggar peraturan dalam langkah² mencegah penularan penyakit berjangkit.

📌 Dalam sektor ekonomi, penguatkuasaan & hukuman lebih berat boleh dilaksanakan terhadap apa² tindakan sabotaj, monopoli, atau menaikkan harga barang sesuka hati.

📌 Ordinan ini akan diwartakan oleh YDPA & dipamerkan kepada rakyat – https://www.facebook.com/1452870318149203/posts/3076495505786668/.

📌 Kuasa² eksekutif persekutuan masih kekal, kecuali berkenaan agama, adat, bahasa, dan imigresen.

📌 Pilihanraya umum, negeri atau kecil, tidak diadakan. Parlimen juga tidak akan bersidang.

📌 Jawatankuasa khas bebas ditubuhkan, untuk menasihati YDPA sama ada darurat akan diteruskan atau tamat lebih awal.

📌 TSMY memilih untuk tidak adakan pilihanraya sebab mahu menjaga nyawa. Pilihanraya akan diadakan sebaik darurat ditamatkan.

📌 Badan kehakiman terus berfungsi sepanjang darurat. Kerajaan PN jamin kebebasan badan kehakiman.

📌 Aktiviti ekonomi diteruskan, namun mesti mengikut SOP PKP.

Kenyataan daripada Istana Negara: https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/266791898204681

Jadi pilihanraya negeri Sarawak tak akan diadakan melainkan darurat ditamatkan. Cepat² siapkan jalan & jambatan, Abg Jo, boh gago berjanji jak 😎.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/230892308480586/

Tulis komen: