Guna Apple Magic Keyboard kat iPad Mini

Jumaat, 30 April 2021, 12:00 pm

Guna Magic Keyboard kat iPad Mini.

Salah satu masalah semasa menaip teks untuk kandungan di blog menggunakan Windows, ialah tak ada ciri text replacement yang menyeluruh. Kalau dalam OS, kat Preferences > Keyboard > Text, ada ciri untuk menggantikan teks yang ditaip dengan teks lain atau simbol lain, yang berfungsi dalam semua aplikasi dalam MacOS, terutamanya Notes.

Dalam pula, tak ada ciri ini datang sekali (built-in) dengan Windows. Memang ada 3rd party software seperti Phrase Express, Text Expander & AutoHotKey, tapi sesetengahnya berbayar, atau hanya berfungsi dalam aplikasi tertentu.

Tambahan pula, aplikasi Notes tak ada untuk Windows. Kena guna versi progressive web app (PWA) dari website iCloud. Caranya, buka website iCloud ⁽¹⁾ menggunakan MS Edge, kemudian login & pilih Notes. Kemudian, di butang menu (tiga titik di atas kanan), pergi ke Apps > Install this site as an app, nanti shortcut app ini akan tersimpan di desktop.

Disebabkan Notes ini adalah PWA, jadi kena ada sambungan internet kalau nak pakai. Sebaiknya sewaktu menulis, saya tak perlukan internet, hinggalah nak post atau upload ke FB, IG, YT atau blog. Nanti² ada plan nak jalan² masuk hutan pedalaman, takkan nak tunggu ada line baru nak mula kerja, banyak backlog nanti 🤭.

Sebelum ini juga saya menaip kandungan menggunakan iPhone, tapi kalau nak menaip panjang², pastu dengan banyak benda nak copy paste & formatting, lenguh tangan nak tekan skrin phone yang kecil tu. Belum lagi nak copy paste, bila tekan sikit, tak keluar menu untuk select & copy, bila tekan banyak, tempat lain pulak yang diselect 😩.

Jadi saya ada terfikir idea nak gunakan iPad sebagai mesin taip bila berjalan², sebab skrin dia besar. Tapi kalau nak guna on-screen keyboard dia, masalah dia lebih kurang macam menaip guna iPhone, tak kondusif untuk menaip panjang. Lagi pun saya dah ada Magic Keyboard, keyboard wireless menggunakan bluetooth.

Ingatkan iPad baru seperti iPad Pro saja yang dapat guna keyboard bluetooth. Rupanya iPad lama saya ni, iPad Mini 2, masih lagi dengan iOS 12 (tak dapat install iPadOS), juga dapat digunakan dengan Magic Keyboard. Caranya straightforward, buka bluetooth dalam iPad, pastu pasangkan (switch on) Magic Keyboard, tunggu sampai iPad dapat detect bluetooth keyboard tu, kemudian pilih untuk pairing iPad dengan keyboard.

Artikel ini pun ditaip menggunakan iPad dengan Magic Keyboard. Satu kekurangan menggunakan keyboard fizikal ini ialah tak dapat taip emoji, kena guna on-screen keyboard balik kalau nak taip muka 😆.

P.s: Jadi tak guna lagi? Taklah, laptop tu boleh guna main game 🕹 ⁽²⁾ ataupun edit gambar 360 & buat kerja programming waktu jalan² melancong nanti.

⁽¹⁾ www.icloud.com
⁽²⁾ azwan082.my/2021/04/main-game-guna-thinkpad-x260

Komentar :

Topik² lain:

Apple dashcamdrive DIY duit ekonomi emau gitar hargapetrol howto jalan kebun kereta kpop Kuching lagu laptop LigaMalaysia LigaSuper2020 LigaSuper2021 Mac makan mercutanda minimalis Miri muzik PanBorneo panorama360 pasaraya Perodua politik puasa raya resipi RunningMan sayur Serian Sibu Simanggang spotify StreetView Thinkpad TSMY vivaturbo workout YT