Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sejarah dividen KWSP

Jumaat, 10 Januari 2020, 6:00 pm0

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ataupun selalu disebut sebagai EPF (Employees Provident Fund) adalah organisasi yang menguruskan simpanan wajib untuk para pekerja sebagai persediaan untuk persaraan.

Setiap pekerja tetap wajib mencarum beberapa peratus daripada gaji bulanan ke dalam tabung ini, dan sebahagian daripada caruman bulanan datang daripada pihak majikan.

Bagi pekerja tidak tetap ataupun freelancer seperti pemandu e-hailing, terdapat pilihan untuk membuat caruman sendiri. Bagi suri rumah pula, khususnya penerima eKasih, terdapat juga pilihan untuk mencarum sendiri di bawah insentif i-Suri, di mana kerajaan turut memberi sumbangan caruman ke dalam akaun pencarum.

Seperti Tabung Haji, dividen untuk KWSP selalunya diumumkan pada suku pertama setiap tahun (Januari – Mac).

KWSP telah pun wujud sejak sebelum Malaya merdeka dan sebelum penubuhan Malaysia. Ini adalah data sejarah kadar dividen KWSP sejak 1952, dan artikel ini akan terus saya kemaskini untuk tahun² akan datang.

Sumber: https://1-million-dollar-blog.com/dividends/employees-provident-funds/

Sejarah dividen lain: ASB dan Tabung Haji.

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru blog ini.

Komentar (1):

Pingback: Sejarah dividen Tabung Haji

Tulis komen: