Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sejarah dividen ASB

Jumaat, 10 Januari 2020, 6:00 pm0

Tiap awal tahun, para pelabur ASB (Amanah Saham Bumiputra) mesti pergi check berapa dividen yang diperoleh untuk tahun lepas.

Kebelakangan tahun ni, kadar dividen agak mengecewakan a.k.a rendah, menyebabkan ramai mempersoal bebaloikah melabur di ASB. Tahun lalu, 2019, merupakan tahun di mana dividen ASB adalah yang paling rendah dalam sejarah, iaitu 5.00 sen.

Dah adat menjadi pelabur, ada masa untung, ada masa rugi. Cuma pelaburan ASB ni ada disokong kerajaan, kalau tahun tu mengalami kerugian, kerajaan mungkin akan bantu membayar dividen. Ini menyebabkan ramai yang menganggap pelaburan ASB takkan mengalami kerugian.

Bila dapat tahu dividen terlalu rendah, ramai terkejut, sebab tak bersedia untuk menerima hakikat yang setiap pelaburan ada untung ruginya. Kalau ada skim pelaburan yang menjanjikan sentiasa untung, itu adalah scam (tipu), dan haram hukumnya dalam Islam.

Di sini saya mahu berkongsi data sejarah kadar dividen ASB sejak ia dilancarkan, supaya kita mendapat gambaran naik turun kadar dividen. Artikel ini juga bertujuan sebagai rekod, dan saya akan terus mengemaskini data ini untuk tahun² akan datang.

Sumber: https://1-million-dollar-blog.com/dividends/amanah-saham-bumiputera/

Saya juga ada menulis artikel untuk sejarah dividen Tabung Haji dan KWSP.

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru blog ini.

Tulis komen: