Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Makcik Kiah dapat bantuan & penjimatan yg berjumlah lebih 8000 ringgit

wm_91003300_130133795223105_8112635756863815680_n.jpg

Jumaat, 27 Mac 2020, 4:05 pm0

Berapa pula jumlah yg akan anda peroleh di bawah Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat?

Yang menjadi perhatian saya ialah bantuan prihatin nasional. Ia adalah bantuan tunai one-off untuk golongan M40 ke bawah & pekerja dalam sektor swasta:

RM1600 utk isi rumah berpendapatan RM4000 ke bawah. RM1000 diberi pada bulan April dan baki RM600 pada bulan Mei.

RM1000 utk isi rumah berpendapatan antara RM4000 hingga RM8000. RM500 diberi pada bulan April dan baki RM500 pada bulan Mei.

RM800 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2000 ke bawah. RM500 diberi pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.

RM500 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan antara RM2000 hingga RM4000 sebulan. RM250 diberi pada bulan April dan baki RM250 pada bulan Mei.

Ada juga peruntukan RM600 juta untuk penyedia perkhidmatan internet utk memberi kuota internet percuma kepada pengguna sebanyak 1 GB sehari, bermula 1 April hingga tamat .

Juga, pesara kerajaan dapat RM500 one-off pada bulan April.

🤩🤑💰 💴 💵

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/130133788556439/

Tulis komen: