4 hari berturut-turut jumlah jangkitan baru Covid19 di bawah 100 orang

Isnin, 20 April 2020, 6:45 pm
Bukan alasan untuk mula keluar rumah dan ingkar #MCO.
17/4 = 69 orang kes positif baru, kali pertama di bawah 100 orang sejak MCO
18/4 = 54 orang
19/4 = 84 orang
20/4 = 36 orang
Bilangan ini adalah hasil daripada kita semua duduk rumah dalam tempoh satu ke dua minggu lalu, secara spesifiknya hari ke-20 hingga ke-27 MCO. Kalau hari ini kita mula keluar rumah sesuka hati, dua minggu akan datang, tidak mustahil bilangan kes akan naik kembali.
Bila kita dah dapati tiada kes positif baru selama 2 minggu berturut², saya jangka barulah MCO dapat ditamatkan sepenuhnya. Oleh itu, tidak hairan jika MCO masih lagi diteruskan hingga hujung Mei atau Jun.
Sumber: KP Kesihatan (https://kpkesihatan.com/)
21 April 2020
Zakat fitrah tahun ni boleh bayar secara online
19 April 2020