Berapa harga Macbook Pro 16 inci tahun 2020 spec maksimum?

wm_97510682_145126687057149_1014912888147542016_n.jpg

Khamis, 14 Mei 2020, 6:10 pm621

Bila tengok Bobby Ang spec Illegear dia yang harga sampai RM17,000, terfikir pulak berapa harga untuk Pro yang spec maksimum. Nak cuba harga MBP 13 inci, belum dapat customize pulak.

Untuk MBP 16 inci tahun 2020, paling murah harga dia RM10,499. Dah macam harga downpayment kereta baru 😳.

wm_97422251_145126723723812_3111233665946877952_n.jpg
wm_97633593_145126747057143_5999456502283239424_n.jpg
wm_97531298_145126773723807_2390543470847590400_n.jpg
wm_97298718_145126800390471_7905562408427454464_n.jpg

Di sini saya nak bandingkan, spec paling bawah dengan paling atas, dan akhir sekali berapa harga untuk spec paling maksimum.

Processor:

  • Min: 2.6GHz 6-core 9th-gen Intel Core i7
  • Max: 2.4GHz 8-core 9th-gen Intel Core i9

RAM:

  • Min: 16GB DDR4
  • Max: 64GB DDR4

Storage:

  • Min: 512GB SSD
  • Max: 8TB SSD

Graphics card

  • Min: AMD Radeon Pro 5300M, 4GB GDDR6 memory
  • Max: AMD Radeon Pro 5500M, 8GB GDDR6 memory

Tanpa beli apa² software, harga Macbook Pro 16 inci spec maksimum 💻: RM25,399. Dah macam harga kereta 2nd hand.

Kalau macam tu, jom tengok apa yang dekat² harga MBP baru ni, kira dalam 24k – 26k, dihadkan ke jenama kereta marhaen saja:

✅ 2012 Proton Preve, RM25,800 – mungkin masih boleh loan 🤷🏻‍♂️.
✅ 2008 Perodua Nautica, RM24,800 – menarik ni, kereta Perodua yang susah nak jumpa. Selalu jumpa Toyota Rush.
✅ 2005 Toyota Camry, RM25,900 – boleh la kalau nak rasa jadi bos².
✅ 2008 Honda City, RM25,800 – biasa² jak.

😩💸

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/145126820390469/

Pingback: Berapa harga Macbook Pro 16 inci tahun 2021 spec maksimum yang baru umum semalam?

Tulis komen: