Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Berapa harga Macbook Pro 16 inci tahun 2021 spec maksimum yang baru umum semalam?

246980751_403231187913363_9037041224241850199_n.jpg

Selasa, 19 Oktober 2021, 9:00 pm0

Tahun lalu punya MBP spec maksimum berharga RM25,399 ⁽¹⁾, dah sama harga Preve. Tahun ni, beberapa spec dah banyak berubah, terutama sekali processor, dah tak pakai processor Intel (x86 architecture), sekarang guna processor buatan Apple sendiri, M1 Pro/Max (ARM architecture).

Processor + graphic:

  • Min: M1 Pro (10-core CPU, 16-core GPU)
  • Max: M1 Max (10-core CPU, 32-core GPU)

RAM (Unified memory):

  • Min: 16GB
  • Max: 64GB

Storage:

  • Min: 512GB
  • Max: 8TB

Tanpa ditambah apa² software seperti Final Cut Pro & Logic Pro, harga MBP 2021 16-inci spec maksimum ialah RM25,199. Kurang 200, tapi masih lebih kurang harga kereta terpakai.

Selain itu, MBP sekarang dah kembali dengan port² berguna seperti SD card, HDMI & Thunderbolt 4 (USB-C). Ia juga lebih tebal & berat daripada sebelumnya. Function key kat keyboard pun dah diletakkan balik, dah tak ada touch bar yang kurang berguna tu. Semua ini ciri & fungsi yang berguna untuk professional, tapi tak ada pada MBP model lalu, jadi sekarang ramai puas hati dah tak perlu beli dongle lain².

Cuma satu benda yang saya tak berapa berkenan & ramai orang komplen juga, iaitu takuk di skrin (notch), untuk menempatkan kamera depan HD. Walaupun dalam mod fullscreen, notch tu tak kelihatan ⁽²⁾, tapi kebanyakan masanya, skrin nampak seperti tak sempurna. Tiba² jak ada bahagian terpotong kat tengah², ini boleh trigger OCD rage 😡.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/05/berapa-harga-macbook-pro-16-inci-tahun-2020-spec-maksimum/
⁽²⁾ https://www.macrumors.com/2021/10/18/macos-hides-notch-on-new-macbook-pros/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/403231224580026/

Tulis komen: