Dah tengok dah perangai US macam ni sebelum ni
Selasa, 5 Mei 2020, 12:10 pm0
Waktu tu tahun 2003, Amerika masih lagi dalam mood perang menentang keganasan (war on terrorism). Lepas balas dendam kat Osama dan al-Qaeda kat Afghanistan, presiden Amerika waktu tu, George Bush, buat cerita kat Iraq ada senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction).
Kononnya waktu tu nak jadi polis dunia untuk menghukum mana² pihak yang memiliki senjata haram, dan mengembalikan keamanan. Tapi semua tahu, itu semua cerita bohong Amerika nak jajah Iraq untuk dapatkan minyak mentah di sana. Sampai sekarang mana ada senjata pemusnah kat Iraq.
Sekarang ni nak tuduh² China pulak, sebab Donald D̶u̶c̶k̶ Trump tak lama lagi nak menghadap pilihanraya presiden, kena tunjuk hero sikit untuk dapat sokongan rakyat. Dia kena menang perang perdagangan.
Dasar protectionist Trump ni yang mendahulukan rakyat Amerika dan mengecam imigran telah berjaya menarik hati pengundi. Jalan cerita yang sama nak digunakan untuk pilihanraya akan datang, America for American, orang Amerika semua kuat semua hebat, ada #Covid19 pun tak payah nak lockdown, konon mereka nanti yang pertama jumpa vaksin. Sebab tu dia tuduh China macam², supaya rakyat melihat dia sebagai Kim Jong Un versi Amerika.