Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Gerhana bulan penumbra Jun 2020

101946881_151550503081434_1088169894721335930_n.jpg
103300259_151550526414765_6809884065865745788_n.jpg

Sabtu, 6 Jun 2020, 2:30 pm0

Pagi tadi berlaku fenomena bulan penumbra. Penumbra bermaksud kawasan bayang² bumi yang kurang gelap, umbra pula kawasan yg sepenuhnya dibayangi & gelap habis.

Juga dikenali strawberry full moon, bukan sebab bentuk atau warna macam strawberry, tapi berdasarkan rujukan masa lampau di mana bulan Jun adalah musim menuai strawberry di hemisfera utara.

Kalau diikutkan pemerhatian mata kasar, gerhana bulan penumbra ni tak ketara sangat perbezaannya dengan tanpa gerhana, kerana saya dapati sinaran cahaya masih lagi terang.

Gambar menggunakan kamera telefon ni saya ambil pada ketika mendekati kemuncak gerhana iaitu pada 3.20 pagi. Saiz sebenar bulan adalah lebih kecil, cuma cahaya dia melalui kanta membuatkan nampak besar.

Nak kena upgrade kamera jugak ni 🤑.

Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/05/gerhana-bulan-penumbra-disaksikan-di-sarawak-esok

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/151550543081430/

Tulis komen: