Perintah kawalan pergerakan pemulihan bermula 10/6/2020 hingga 31/8/2020

Ahad, 7 Jun 2020, 3:45 pm545

Perintah kawalan pergerakan pemulihan bermula 10/6/2020 hingga 31/8/2020.

Dalam tempoh pemulihan ini, pergerakan rakyat dilonggarkan lagi. Ini antara perkara yang saya sempat tulis:

  • Pergerakan rentas negeri dibenarkan. Saya jangkakan pergerakan rentas daerah dalam Sarawak turut juga dibenarkan. Ke Telok Melano ke kita!? šŸ˜†
  • Kedai gunting rambut dibenarkan dibuka. Bos, potong gondol!
  • Konvoi juga dibenarkan. Vroom! šŸŽ
  • Melancong dlm negeri digalakkan. Ni yang ditungguĀ² ni.
  • Sambutan Hari Aidiladha & korban dibenarkan. Nak sembelih kolok, ada 5 ekor semua jantan, sepanjang masa bergaduh šŸ¦ƒ.
  • Sekolah akan buka berperingkat ikut nasihat Kementerian Kesihatan. BudakĀ² sekolah dah rasa tak sabar nak jumpa kawan balik, ke rasa malas nak turun sekolah šŸ¤Ŗ.

Namun, ada juga beberapa perkara masih belum boleh buat lagi:

  • Sukan yang melibatkan sentuhan seperti bola sepak belum dibenarkan. Belom lagi dapat tengok ni.
  • Aktiviti yang melibatkan orang ramai, bersesakĀ² seperti pub, kelab malam, kenduri, perarakan dll juga belum boleh lagi.

Gambar: Sungai Temedak. Kat mana? Pergi cari kat Google Map, ada pantai cantik dekat dengan tempat ni.

Update: Google Maps tak jumpa Sg Temedak? Boleh ditongsampahkan app tu. Sg Temedak terletak di Jalan Trombol, jalan menuju ke Golden Beach, sebelah Telaga Air.

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/151842453052239/

Tulis komen: