Orang di masa lampau dah lama gunakan kaedah organik
Selasa, 7 Julai 2020, 11:20 am0
Kaedah organik di sini merujuk kepada pertanian organik. Di mana kaedah ini hanya menggunakan teknik, bahan dan tumbuhan semulajadi untuk menghasilkan tanaman untuk makanan seperti #sayur dan buah²an, untuk menambah baja dalam tanah dan mengawal serangga perosak. Contohnya dengan penggunaan kulit telur, bawang putih atau semambu untuk menghalau serangga, ataupun menanam tanaman secara giliran bagi mengawal populasi serangga perosak secara semula jadi.
Kaedah bukan organik telah mula digunakan sejak revolusi perindustrian, di mana baja² tanaman telah dihasilkan secara sintetik, tidak lagi bergantung kepada proses pengomposan najis haiwan ataupun sisa tumbuhan. Racun serangga sintetik juga dicipta untuk membunuh serangga perosak dengan lebih berkesan, tidak hanya setakat menghalau serangga tersebut. Bahan² sintetik inilah yang menjadi racun kepada sumber makanan manusia, sehingga sekarang boleh tengok bermacam² penyakit muncul seperti kanser, dan autism di kalangan anak² generasi baru.
Organik bukanlah masa depan, tapi kita hanya kembali kepada kaedah lampau yang lebih lestari dan selamat.