Final game Running Man terbaru

118356423_173292690907215_3991616687548926712_n.jpg

Khamis, 27 Ogos 2020, 3:30 pm566

Dulu² waktu kecil kalau ada masih ingat gameshow Istana Takeshi, final game diorang selalu main tembak pistol air. Setiap peserta dan konco² bos Istana Takeshi akan ada helmet dengan kertas bulat kat helmet masing², siapa yang kertas tu berlubang kena tembak, akan terkeluar. Untuk bos selalunya ada kertas target yang tidak adil – tinggi sangat la, besar sangat, pistol lagi besar la, sampai rasanya macam tak pernah tengok ada peserta yang menang 🤔.

Untuk pulak, game ikonik diorang dari mula bersiaran dulu, ialah cabut tag nama kat belakang baju masing². Siapa yang nametag nya dah dicabut, akan terkeluar daripada game.

Ada juga variasi final game Running Man iaitu game pistol air. Diorang tembak name tag dengan dakwat berwarna. Siapa kena tembak, terkeluar. Ada jugak beberapa variasi dan perubahan peraturan untuk game cabut tag nama ini sepanjang episod Running Man yang dah masuk 10 tahun sekarang.

Minggu lalu, episod 517, ada final game baru Running Man. Setiap orang kena pasang belon kat belakang, kemudian menggunakan nerf gun, diorang kena tembak belon sampai pecah. Siapa yang belon²nya habis pecah ditembak, akan terkeluar.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peraturan game Running Man semakin lama semakin kompleks, sebab mereka tak nak recycle game yang pernah dimain. Tapi game guna nerf gun ni, ringkas saja peraturan dia, dan jelas nampak siapa menang siapa kalah. Tak da lah asyik tengok diorang bertengkar cari siapa jadi spy 😅.

Harapnya diorang main lagi game ni di minggu akan datang, best pulak tengok game tembak belon ni. Macam paintball, tapi jelas nampak siapa kena tembak.

P.s: Kwangsoo dah makin pandai strategi game menembak ni, cari tempat lebih tinggi. Pastu ada trick tak nak bagi belon mudah meletup, tapi akhirnya macam tu jugak 😂.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/173292687573882/

Pingback: Belajar main saham bersama Running Man 😂

Tulis komen: