Selamat hari ulang tahun ke-10 program Running Man

107841170_161073788795772_6852672657837622631_n.jpg

Sabtu, 11 Julai 2020, 10:30 am692

Tidak banyak program candawara yang bertahan selama lebih 10 tahun. Selain , program lain yang berjaya bertahan adalah Infinite Challenge, yang bersiaran sejak 2005 dah pun tamat 2 tahun lalu.

Sempena ulang tahun ini, rancangan Running Man minggu ini akan disiarkan secara langsung, cuma belum tahu formatnya bagaimana.

Sebagai peminat yang dah menonton dari episod pertama lagi, saya sampaikan dah kenal pengarah program (PD), seperti Jo PD, Hyung-taek PD & Myuk PD yang bertugas pada tahun² awal siaran. Myuk PD terkenal dengan gaya bersahaja yang menyakitkan hati ahli² Running Man.

Kemudian generasi penolong pengarah mula menjadi PD utama, seperti Hwan-jin PD & Chul-min PD. Beberapa projek istimewa yang ditayangkan sepanjang 2018 & 2019 adalah idea Chul-min PD.

Sekarang pengarah utamanya ialah Bo-pil PD, kiranya generasi ke-2 penolong pengarah.

Berkenaan tetamu yang hadir dalam episod Running Man, jika anda penonton tegar dari awal, mesti teka Nickhun (2PM) dan Yong-hwa (CNBlue) yang paling banyak menyertai sebagai tetamu. Tapi sebenarnya, dalam episod² 1-2 tahun kebelakangan ini, ada ramai selebriti yang hadir lebih banyak kali, seperti Kang Han-na, Hong Jin-young, Lee Sang-yeob & Son Na-eun (A-Pink).

Sepanjang bersiaran, Running Man telah ada 11 orang ahli tetap, iaitu Yoo Jae-seok, Haha, Ji Seok-jin, Kim Jong-kook, Lee Kwang-soo, Song Ji-hyo, Jeon So-min, Yang Se-chan, termasuk bekas ahli iaitu Song Joong-ki, Lizzy (After School) dan Kang Gary.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/161073785462439/

Tulis komen: