Menu nasi ada bentuk hati pulak 

Selasa, 25 Ogos 2020, 11:50 am
Ini nasi ayam krispi thai, kat food court Emart Batu Kawa (https://goo.gl/maps/uEFZnYGR8F6CnsT58), harga dalam RM6.80, berbaloi sebab isipadu makanan banyak.
Saya suka pergi makan kat food court ni sebab ruang yang luas, ada aircond & servis pun laju. Order kat salah satu gerai, pastu pergi order minuman, tengah tunggu air siap, menu di order tadi pun dah siap, chingΒ² bunyi loceng panggil.
Kalau banding dengan kedai makan lain, terutamanya jenis banyak gerai peniaga dalam satu lot kedai, kebanyakannya jenis terbuka & berdekatan dengan jalan. Kurang selesa dengan bising jalan & hangat dari luar, pastu selalunya sesak, tak dapat nak penjarakan fizikal. Kat food court Emart ni jugak dapat #makan dengan selesa.
Nasi ayam penyet kat food court Emart Batu Kawa
26 Ogos 2020
Nasi ayam banyak ni agakΒ² berapa harga dia?
24 Ogos 2020