Melawat tasik buatan terbesar di Malaysia

Ahad, 14 Mei 2023, 10:55 pm

Melawat tasik buatan terbesar di Malaysia.

2 malam di Kuala , masa untuk balik Penang, guna lalu Gua Musang & Cameron.

Jam 08:55, checkout hotel, pergi beli sarapan di Petronas berdekatan. Dari Kuala Terengganu, jalan melalui beberapa kampung, awal pagi trafik lancar. Dari simpang jalan menuju Tasik Kenyir, jalan clear tak ada kereta lain, relax drive 90-110 km/j.

Kualiti jalan ok, tak banyak rosak, mungkin tak banyak lori lalu sini. Sedikit naik turun laluan berbukit yang kebanyakannya landai, kecuali satu jalan curam menaiki bukit, betul² sebelum simpang ke Tasik Kenyir.

Ke kawasan pelancongan Tasik Kenyir, masuk simpang ke kiri. Nampak jalan baru di-upgrade kepada 4 lorong, tapi 2 lorong baru masih ditutup.

Kena lalu pondok kawalan polis, sebab ada kedai bebas cukai kat sini, sama macam kat Rantau Panjang, Kelantan. Lalu saja, polis tak check but kereta pun. Kedai bebas cukai di sini, KH Shoppe, dari jauh nampak hanya jual pinggan mangkuk periuk belanga jenama Pyrex, Tefal, Luminarc dll.

Dari jalan masuk ke Tasik Kenyir, untuk ke Jambatan Pulau Poh, belok kiri. Ada papan tanda ke pejabat kerajaan kalau tak silap. Ada tempat parking umum, teduh bawah pokok, masuk free.

Tapi jambatan ni tak dibuka untuk umum. Dengar cakap² orang sekeliling, Pulau Poh ini nak dibuat pusat pelancongan, dengan kemudahan penginapan & beberapa binaan atas air seakan Sydney Opera House, lihat di sebelah kiri gambar.

Di seberang jambatan ni ada banyak lagi tempat parking. Dari pengamatan saya, mungkin tempat ni dah siap dalam 1-2 tahun dan terbengkalai sejak itu. Mungkin juga antara lokasi pelancongan yang terkesan dengan pandemik C-19, waktu lockdown tak ada orang datang melancong.

Aktiviti yang popular di Tasik Kenyir adalah Square Kenyir Houseboat. Macam hotel atas air, lengkap dengan bilik penginapan, untuk melawat & melakukan aktiviti sekitar Tasik Kenyir.

@azwan082_my

Square Kenyir Houseboat

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Selain houseboat & kedai bebas cukai, ada juga kedai makan di sini, termasuk kemudahan lain seperti kedai cenderahati, tandas awam & surau.

Jam 11:30, mula gerak ke Gua Musang, dari Petron tepi R&R Gawi, dekat simpang ke Tasik Kenyir. Jalan mengelilingi Tasik Kenyir ni agak ok, sedikit lubang² tapi masih boleh drive laju. Tak banyak kenderaan lain guna laluan ni, kebanyakan masa saya seorang saja. Ada terjumpa beberapa ekor haiwan liar di tepi jalan, dari biawak sehingga ular tedung yang dah naik senduknya 😬. Nasib baik tak jumpa gajah 😅.

Keadaan jalan sini agak berliku² & ada naik turun bukit yang landai. Bahu jalannya luas, mudah untuk berhenti sekejap. Saya lihat ada beberapa lori treler & hailak berhenti, mungkin singgah air terjun atau tali air berdekatan jalan.

Bila tiba di satu simpang ke Felda Aring, jalan luas tadi dah habis, disambung dengan jalan yang nampaknya seperti jalan sawit yang dah diturap. Kualiti jalan kurang memuaskan, rosak² berlubang & bertampong. Sempit & tebing jalan yang tinggi, kalau tayar terjatuh ke tepi jalan, mungkin susah nak naik balik ke atas jalan 😣.

Jam 13:30, berhenti makan tengahari di R&R Gua Musang, beli burger daging, duduk makan kat bangku tepi jalan ni. Hari panas terik, tapi ada pokok tempat berteduh.

Waktu berhenti rehat kat sinilah saya terfikir, lebih praktikal kalau ada camper car seperti Jojo Camping ⁽¹⁾. Sebab bila R&R penuh, boleh tapau pastu duduk dalam camper car, makan sambil rehat. Nak ke surau atau tandas, ada berdekatan.

Yang membezakannya daripada makan dalam kereta seperti biasa ialah camper car boleh dilengkapi dengan sistem air cond atau kipas Maxxair yang berasingan daripada sistem enjin kereta. Jadi tak perlu pasang enjin waktu duduk dalam kereta, kurang risiko keracunan karbon monoksida.

Ini antara kelainan di , sama seperti di Brunei. Papan tanda jalan & kedai masih ditulis dalam tulisan Jawi. Kat Limbang dulu pun ada, cuma sekarang rasanya dah makin pupus. Dah tak ada kedai makan Cina yang ada tulis nama Jawi.

Ini kedai bengkel kenderaan tepi 7-Eleven yang saya singgah di pekan Gua Musang. Cuba baca nama kedai ini yang ditulis Jawi tapi perkataan English. Yang pastinya perkataan terakhir tu bukannya u-u-r-kis 🙊.

Sarkis pun bukan 🤣.

⁽¹⁾ https://www.youtube.com/@jojocamping

Komentar (0):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/910303790136534/

Tulis komen: