Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Nasi ayam penyet kat food court Emart Batu Kawa

118354349_173031137600037_7864803835875457414_n.jpg

Rabu, 26 Ogos 2020, 11:20 am0

Harganya dalam RM8, kira ok lah. Kuantiti pun ok. Saya suka sayur ulam dia banyak, daun ubi kayu dan kobis, dicelur dalam air panas. Cuma yang kureng adalah sambal dia pedas sangat 🥵. Tak dapat sambal ni, takut nanti datang balik gastritis.

Saya suka lagi sambal yang seimbang rasanya – cukup rasa masin dari belacan, rasa manis dari bawang, rasa masam dari asam jawa atau tomato, dan rasa pedas dari cili padi. Yang ni rasa pedas menutup semua rasa lain. Tapi kalau anda jenis suka kunyah cili padi hijau, sambal ini untuk anda 🔥.

Satu lagi yang best makan kat food court ni – teh o atau kopi o, panas atau ais, harga dia RM1 saja 👍🏻.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/173031134266704/

Tulis komen: