Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Upgrade SSD & RAM Mac mini, part 2

Selasa, 4 Ogos 2020, 5:20 pm0

Sekarang proses untuk pasang balik SSD & RAM ke dalam mini ni secara . Langkah² pemasangan ini saya berpandukan kepada artikel https://www.imore.com/how-upgrade-2012-mac-mini.

116648857_167447434825074_7323424273538910706_n.jpg

① – Untuk pasang balik SSD, kena guna kad seperti kad bank, di sini saya gunakan kad simkad Celcom lama masih ada disimpan 😅.

Sebab nak kena guna kad adalah untuk pastikan skru di tepi SSD tu masuk ke alur khas yang ada dalam casing.

116794882_167447471491737_555252452197469663_n.jpg

② – Nak masukkan SSD ni mudah saja, tapi nak adjust sampai betul² di tempatnya tu yang ambil sampai 3-4 kali ulang langkah ni. Bahagian connector SATA (anak panah biru) ni kena selari dengan soket baru ditekan untuk dipasang. Kena hati², dah la connector ni kecil sangat, kalau rosak abis la melayang uang 💸.

117127622_167447508158400_3483291798408387650_n.jpg

③ – Kemudian, pasang balik kipas & modul WiFi. Plat stainless steel modul WiFi ni agak sukar sikit nak adjust masuk ke dalam casing, jadi kena buat pelan² dan steadayy. Last sekali, pasang RAM dengan hanya tekan & klik ke dalam slot RAM tersebut 👍🏻.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/167447531491731/

Tulis komen: