Buat tyre rotation lagi, dah lebih 10,000 km

121633960_185741589662325_1972204197861499596_n.jpg

Rabu, 14 Oktober 2020, 5:15 pm1,044

Bulan Mac lalu semasa mileage dalam 110,000 km dah buat tyre rotation (https://azwan082.my/post/44/), sekarang dah lebih 123,000 km, kena di-rotate depan belakang.

Untuk kenderaan pacuan roda depan (front wheel drive), tayar depan kiri & kanan di bawa ke belakang, dengan dikekalkan kedudukan kiri & kanan. Tayar belakang pula dibawa ke depan, dan disilangkan, tayar belakang kiri bawa ke kanan depan & belakang kanan bawa ke kiri depan.

Sebelum ni saya ada sebut plan nak tukar guna rim Axia dengan tayar nipis sedikit (https://azwan082.my/post/6406/), tapi lepas Google, tayar saiz 175/55 ni susah sikit nak cari. Jadi mungkin kekal guna saiz standard, 175/65, lebih mudah nak cari tayar sebab Axia, Bezza & Myvi semua pakai saiz yang sama untuk rim 14”. Tapi tayar belakang mungkin akan sagat fender bila bawa barang berat (https://azwan082.my/post/41/), jadi saya terfikir kalau tukar spring yang lebih keras, spring Alza mungkin boleh solve problem ni? 🤔 Komen² sikit.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/185741586328992/

Pingback: Tukar rim, spanar tayar pun kena tukar

Tulis komen: