Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Meal prep sushi tuna šŸ£

Khamis, 15 Oktober 2020, 11:31 am0

Selalunya kalau nak buat atau , ramai fikir kena pakai bahanĀ² yang khas, mahal atau import. Di sini saya nak tunjukkan boleh saja buat sushi guna bahanĀ² ringkas yang mudah didapati di kebanyakan pasaraya.

121626961_185934192976398_1067745409738027133_n.jpg

ā‘  – Untuk nasi, hanya guna beras biasa, saya gunakan beras Uncle Tan. Lepas masak nasi, biar beberapa minit menjadi suam tapi jangan buka penutup periuk, sebab nak kekalkan wap air & kelembapan nasi tu. Tak perlu juga tambah cuka beras.

Nori ataupun kepingan rumpai laut (seaweed sheet) daripada Thien Lee Marketing ni pun boleh didapati di kedai runcit. Tadi nasi saya biarkan suam sebab kalau nasi masih panas, nori boleh jadi lembut & susah nak digulung.

Untuk inti, saya guna crab stick, tuna mayonis dalam tin dan frozen vegetables. Sayuran beku tu panaskan dengan microwave sebelum dicampur dengan tuna.

Anda boleh letak apa saja sebagai inti, bergantung kepada selera dan kreativiti, seperti telur goreng, ataupun potongan timun dan lobak merah. Saya pernah beli sushi kat Emart yang hanya ada nasi diletak potongan kecil cheese saja di atas šŸ˜….

121653522_185934219643062_2749932875319709143_n.jpg

ā‘” – Nak gulungkan pun saya tak pakai rolling mat, hanya gulungkan nori tu tadi. Nasi kena letak sedikit, kalau tak nanti sushi tu besar / tebal sangat, tak muat masuk mulut untuk satu suap.

Di satu hujung nori (dalam gambar, hujung sebelah kiri) tak perlu bubuh nasi, nanti bila gulung bahagian tu yang akan jadi ā€˜penutupā€™ kepada gulungan sushi & takda lah lebihĀ² nasi terkeluar.

Lepas gulung, bahagian hujung tu tadi letak kat bawah sushi supaya gulungan tak terbuka, pastu terus potong & letak dalam bekas. Pastikan pisau tajam & dibasahkan sedikit supaya nasi kurang melekat pada bilah.

121698077_185934246309726_6483529179569761107_n.jpg

ā‘¢ – Saya masak 2 kong nasi, dan menggunakan 6 batang crab stick, 6 keping nori dan satu tin tuna mayonis, yang menghasilkan sushi sebanyak 3 bekas kontena plastik macam ni.

Bagi saya, satu kontena ni boleh untuk sehari, setengah untuk tengahari, dan selebihnya untuk malam.

121602586_185934272976390_4863235405189972072_n.jpg

ā‘£ – Waktu nak makan pula, saya suka cicah dengan kicap Kikkoman ni, rasa dia sama macam kicap sushi yang dijual di Aeon & Emart.

Nota: Walaupun dapat disimpan sehingga 3 hari, tapi saya dapati nasi sushi jadi agak keras selepas 3 hari. Jadi saya terpaksa panaskan dengan microwave, walaupun biasanya kita makan sushi yang sejuk.

ć„ćŸć ćć¾ć™! ģž˜ėعź² ģŠµė‹ˆė‹¤!

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/185934292976388/

Tulis komen: