Review hotel Comfort Inn Sibu dalam album 360

140065902_235958314640652_1889082715517898050_n.jpg

Khamis, 21 Januari 2021, 12:55 pm1,253

Selain daripada tempat² tumpuan ramai, saya juga mengambil gambar 360° bilik² hotel dan membuat ulasan (review) berkenaan hotel tersebut. Ini album pertama yang saya buat untuk :

Comfort Inn terletak di pusat bandar , di dalam lot bangunan kedai di tepi Jalan Pahlawan. Maklum balas umum (general feedback) yang saya dapat bagi ialah bilik hotel ini melangkaui jangkaan (exceed expectation).

Kebanyakan hotel 2 bintang atau hotel bajet sudah cukup baik & selesa, dan beberapa kerosakan atau kekurangan tu dah memang dijangka. Mungkin disebabkan hotel ini masih baru, cat juga masih baru, belum nampak lagi kesan² telah lama digunakan, jadi ia memberi tanggapan yang positif pada saya.

Boleh tengok ulasan penuh saya di dalam bilik hotel tersebut di dalam album panorama 360 yang saya bagi kat atas 👆🏻.

Berikut ulasan tambahan yang tak dapat saya selitkan dalam album 360 ini:

  • Saya dapat bilik di tingkat 3, tapi lif hanya ke tingkat 2, jadi kena naik tangga lagi ke tingkat 3.
  • Banyak tempat letak kereta di hadapan lot kedai.
  • Password WiFi ada dipamerkan di lobi, tapi bila dah sambung, tak dapat nak layari internet.

Dengan harga RM56.60 semalam, saya bagi bilik hotel ini ★★★★☆.

🎉

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/235958307973986/

Tulis komen: