Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Park City Hotel, Melaka

1A15E4ED-2681-4AFB-A6DC-C4E3CD9A4FFD.jpeg

Ahad, 4 Februari 2024, 8:30 am0

Persinggahan ke-3 road trip hujung tahun lalu.

Mulanya saya cari hotel ini dengan nama ‘City Park Hotel’ kat Google Map, dan lokasi yang diberi terletak di Jalan M Raya. Bila dah sampai, tengok² sekeliling tak ada pun hotel, hanya lot kedai tutup terbiar.

Lepas double check, rupa²nya kena cari dengan nama ‘Park City Motel’, nanti dapat lokasi di Jalan Ujong Pasir.

Di ruangan pintu masuk hotel ini, terdapat almari locker untuk mengambil & menghantar balik kunci bilik hotel. Cara untuk check-in & check-out di sini berlainan sedikit, kena call atau whatsapp nombor yang dipaparkan di papan maklumat di tepi locker.

Pekerja bertugas akan minta butiran pelanggan & kena bayar deposit secara online sahaja. Selepas selesai pekerja mendaftar & menerima deposit, dia akan bukakan pintu locker untuk kita sendiri ambil kunci & remote air cond.

Bila nak balik, kena call atau whatsapp lagi nombor hotel, bagitau nak check-out, nanti pekerja hotel minta butiran bank untuk transfer balik wang deposit.

Secara umumnya, proses agak lancar, cuma agak leceh waktu isi butiran diri kena ikut format yang mereka beri pada mesej whatsapp. Kalau tak ikut format, mereka tak dapat nak proses.

Berkenaan bilik hotel, memandangkan bilik penginapan ini bertaraf motel, jadi tak expect tinggi sangat. Setakat apa yang ada, itulah kemudahan yang disediakan, sampaikan TV pun tak ada 😕.

Ulasan ringkas ada pada album ini:

RM49 satu malam, saya bagi hotel ini ★★☆☆☆

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1058583715308540/

Tulis komen: