Pro & con Thinkpad X260

163845839_273365790899904_7240664657947092475_n.jpg

Khamis, 25 Mac 2021, 12:00 pm551

Laptop banyak digunakan oleh orang bisnes, kakitangan kerajaan & programmers, sebab keyboardnya yang ergonomik dan juga ketahanan badan ini. Namun ada juga beberapa kekurangan, khususnya model X260 yang saya baru beli ni ⁽¹⁾.

Pro:

👉 Keyboard yang ergonomik, sedap pakai menaip & tak mudah letih jari ⁽²⁾.
👉 Badan laptop tahan gegar, kelembapan, debu & habuk, ketahanan gred tentera ⁽³⁾.

Con:

👉 Kualiti skrin X260 yang teruk.

Kalau kerja anda memerlukan ketepatan pada warna, skrin Thinkpad ini tak dapat memenuhi kehendak anda. Warna yang dihasilkan oleh skrin nampak lusuh, macam warna baju yang dah lama dijemur bawah matahari terik. Walaupun dah ubah setting, tapi tetap warna yang muncul di skrin tak memuaskan.

Bagi saya, kebanyakan kerja yang saya buat dalam laptop ini adalah berkenaan software programming, hanya tengok teks warna-warni di IDE (Netbeans), tak berapa penting ketepatan warna, asalkan dapat mengenalpasti syntax source code. Kalau kerja² mengedit gambar panorama 360, saya tak ubah apa² setting warna, jadi tak menjadi masalah besar.

Walau bagaimanapun, kalau guna mod terang, lama² tengok skrin pun sakit juga mata. Jadi saya gunakan mod gelap (dark mode) sepanjang masa, barulah selesa sikit mata merenung skrin ni kalau bekerja dalam beberapa jam 😅.

👉 Windows OS

Maksud saya, sesetengah cara fungsi operating system Windows ini menjadi con kepada Thinkpad ini. Ini kerana semasa mula² menggunakan laptop ni, ada beberapa benda tak berfungsi:

  • Keyboard tak bertindakbalas (unresponsive). Tekan mana² kekunci tak ada response. Rupa²nya function key lock (FnLk – kat button Esc) tengah engaged. Nak off function key lock tu, kena tekan button Fn + Esc dalam beberapa saat, baru off, dan dapat guna kekunci lain. Saya tak pasti 100% memang begini kah fungsi function key lock atau Windows tetapkan fungsinya begini.
  • Touchpad tak dapat scroll. Biasanya nak scroll, guna dua jari, tapi waktu mula² guna, tak berfungsi. Kena tekan button touchpad & drag pada touchpad. Lepas dah sambung WiFi, beberapa minit kemudian, barulah Windows bagitau yang driver & software untuk touchpad & trackpoint dah install. Barulah dapat guna fungsi scroll & 3-finger swipe untuk tengok Task View.

Kalau pengguna biasa, yang bukan power user, saya rasa mereka dah hantar balik kat seller, kata laptop rosak 🥴.

Antara lain pro / kelebihan Think X260 ialah kapasiti bateri besar, boleh guna tanpa adapter, bateri sahaja, dalam tempoh kira² 6 jam, bergantung kepada kerja yang dibuat. Kemudian, saiz yang kecil, laptop ini ringan, mudah dibawa. Saya membeli daripada seller di Shopee, dapat beg laptop Lenovo free, best jugak tu.

Untuk con / kekurangan, seperti yang saya nyatakan, kalau warna skrin tak jadi masalah & selesa menggunakan Windows, jadi model ini boleh pakai. Cuma saya sangat sarankan (highly recommend), yang anda upgrade storage menggunakan SSD & pilih memory / RAM maksimum 16GB. Setakat ini, Mac Mini & Thinkpad ini kedua²nya menggunakan SSD & RAM 16GB, saya dah jarang mengalami komputer slow 👍.

Nak beli laptop sama macam ni jugak, dan dapat beg free? Order kat Shopee menggunakan link ini:

🛒 https://invol.co/cl35lvj

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/03/bukan-hadiah-krismas-tapi-jadi-hadiah-birthday-pulak-thinkpad-x260-%f0%9f%8e%82/
⁽²⁾ https://www.lenovo.com/us/en/faqs/pc-life-faqs/best-ergonomic-keyboard/
⁽³⁾ https://www.lenovo.com/us/en/thinkpad-milspec

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/273365837566566/

Pingback: Main game guna Thinkpad X260

Tulis komen: