Taman Kala Dana, Mukah, dalam album panorama 360

162378386_269751654594651_2189738220752560406_n.jpg

Jumaat, 19 Mac 2021, 12:00 pm1,089

Taman ini juga dikenali sebagai tapak pesta kaul . Pesta kaul adalah perayaan tradisi yang disambut orang Melanau setiap tahun ⁽¹⁾, asalnya bagi menenangkan roh semangat laut, darat dan hutan. Namun pada masa kini, perayaan ini disambut bagi mengekalkan tradisi temurun.

Perayaan ini menandakan permulaan kalendar Melanau sebaik berakhirnya monsun timur laut. Pesta kaul biasanya berlangsung pada minggu ke-3 bulan April, selama seminggu bertempat di muara sungai Mukah.

Antara aktiviti yang diadakan semasa pesta ini adalah gerai jualan, program hiburan & permainan tradisi. Kemuncak kepada sambutan adalah perarakan ‘serahang’ – upacara menaikkan bakul bulat berhias yang diperbuat daripada daun sagu, di atas tiang buluh.

Selain itu, ramai pengunjung tak mahu melepaskan peluang bermain ‘tibau’, iaitu buaian kayu yang besar. Nak tahu berapa besar, boleh melawat taman ini di dalam album ini:

Di sekitar kawasan ini banyak juga tempat meletak kenderaan & tempat berkelah di tepi pantai. Kalau ada yang membawa campervan, tempat ini juga nampak sesuai untuk bermalam & ber-camping, cuma saya tak pasti tentang keselamatan di tempat ini, sebab agak jalan menuju sini agak terpencil dari pekan Mukah.

⁽¹⁾ https://sarawaktourism.com/event/mukah-kaul-festival/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/269751681261315/

Tulis komen: