Taman Komuniti Simunjan, dalam album panorama 360

170595701_282427546660395_5146738760919234311_n.jpg
170497193_282427553327061_7074208622498590980_n.jpg

Sabtu, 10 April 2021, 10:00 am1,163

Menurut cerita orang tempatan, mendapat namanya daripada komuniti pelombong arang batu sekitar hujung 1930-an, sebelum perang dunia ke-2 ⁽¹⁾.

Para pelombong pada masa itu mahu menggunakan arang batu untuk memasak, namun seringkali bahan mineral tersebut menjadi semun (masuk angin) ataupun lembap akibat terkena hujan. Arang ini kemudiannya dikenali sebagai ‘arang simun’. Gabungan perkataan ‘simun’ dan ‘jan’ daripada perkataan ‘hujan’ lama kelamaan menjadi nama tempat ini.

Terdapat juga cerita versi lain yang berasal daripada tembakau lembap. Keadaan lembap disebut ‘simun’ oleh orang Melayu manakala ‘jan’ adalah tembakau dalam perkataan Cina.

Seingat saya kawasan lapang di hadapan deretan kedai di pasar Simunjan ini terdapat padang sukan, permainan & riadah untuk penduduk tempatan. Dalam lebih kurang tahun 2016, taman ini mula dibina, dengan munculnya monumen tangan yang keluar dari tanah ini. Dah macam monumen Hands of Harmony kat Homigot, Pohang, Korea Selatan.

Jom jalan² kat taman ni secara maya (virtual tour) dalam album :

Bonus: dalam album kali ini, anda boleh ke jambatan Batang Sadong dan tengok kampung² sekeliling dari tengah² jambatan yang tinggi ni. Cuba cari hotspot untuk ke sana dalam album ni 👍.

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2015/08/15/simunjan-town-coasting-towards-transformation/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/282427596660390/

Pingback: Jalan² jumpa boiler Simunjan di tepi jalan 😲

Pingback: Limpas Simunjan ke Tanjung Harapan, BKSS Loop part 12

Tulis komen: