Lorongan yang baik, bagaimana? + keputusan perlawanan ke-7 Liga Super 2021

169657744_281664060070077_1473379064080517995_n.jpg

Khamis, 8 April 2021, 12:30 pm209

Sabah vs JDT:

Skrip yang lebih kurang sama menentang Melaka Utd, JDT mencari gol awal, kemudian mengawal keseluruhan baki perlawanan. Seawal minit ke-6, JDT dah sumbat 2 gol, akibat daripada kecuaian pertahanan Sabah. Bergson semasa meraikan gol, sempat membuat tarian tiktok 😂.

Sabah cuba bangkit pada separuh masa ke-2, dengan gol melalui sepakan penalti L. Madinda, selepas bola terkena tangan Adam Norazlin. JDT masih mengekalkan rentak mengawal & menyerang, walau bagaimanapun berjaya menambah satu gol setelah tiada pertahanan Sabah yang mengawal Bergson sekali lagi.

Gol ke-4 JDT diperoleh menerusi penalti, selepas bola terkena tangan Dendy Lowa. Bergson nampak seperti mahu ambil sepakan penalti, supaya dapat mencatat jaringan hatrik, tapi Leandro tak nak bagi 🤣. Beberapa saat sebelum wisel penamat, Ramadhan Saifullah ada bagi hantaran lintang tepat tapi tandukan Bergson tak tepat. Kempunan hatrik Bergson 😔.

6/4
Sabah 1 – 4 JDT
Sri Pahang 1 – 1 Terengganu
Melaka Utd 1 – 2 Penang
Selangor 1 – 2 Kedah

7/4
Perak 3 – 2 UiTM
PJ City 2 – 2 KL City

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT75201841417
Kedah7511126616
Penang ↑1742185314
Terengganu ↓17331106412
PJ City724177010
KL City72328629
Selangor7223910-18
Perak ↑17223811-38
Sri Pahang ↑27124511-65
Sabah ↓27124511-65
Melaka Utd ↓17142710-34
UiTM7016313-101

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/281664096736740/

Tulis komen: