Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Nak main bola ke nak gaduh? + keputusan perlawanan ke-8 Liga Super 2021

171642599_284611809775302_7678970379896153153_n.jpg

Isnin, 12 April 2021, 2:40 pm0

Kedah vs Terengganu – Azamudin Akil nampak dah nak tumbuk Faisal Halim tu 😡.

Ini berlaku pada minit ke-90, ketika Kedah dah tertekan untuk mencari gol penyamaan. Mereka terlebih dahulu memperoleh gol pada separuh masa pertama oleh gol sendiri Muhammad M. Fauzi. Kemudian Terengganu meningkatkan usaha, dan berjaya memintas Kedah menerusi gol sepakan penalti Da Silva & gol larian oleh Azam Azmi.

169313218_284611803108636_990811392506838416_n.jpg
172265622_284611826441967_6314611375578848469_n.jpg

Kemudian dalam beberapa saat lagi tamat masa ke-2 & masa tambahan, berlaku kontroversi apabila pertahanan Terengganu terjatuh dan bola nampak terkena tangan, tapi pengadil & penjaga garisan tidak memberikan sepakan penalti. Fadzrul Danel terus meluru & menolak pengadil, mengakibatkan dia dibuang padang.

Dengan situasi ketinggalan gol, tak diberi penalti, kekurangan seorang pemain & kurang seminit lagi masa permainan, pemain Kedah jelas koyak mental mereka, apabila Rodney Calvin sengaja menyepak pemain Terengganu yang telah pun terjatuh, dan mendapatlah sekeping angpau 🧧.

9/4
Kedah 1 – 2 Terengganu

10/4
KL City 2 – 1 Sri Pahang
UiTM 0 – 3 Melaka Utd
JDT 3 – 0 PJ City
Selangor 3 – 1 Perak

11/4
Penang 1 – 1 Sabah

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT86202141720
Kedah8512138516
Terengganu ↑18431127515
Penang ↓1843196315
KL City ↑18332107312
Selangor ↑183231211111
PJ City ↓28242710-310
Perak8224914-58
Melaka Utd ↑28242101007
Sabah8134612-66
Sri Pahang ↓28125613-75
UiTM8017316-131

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/284611879775295/

Tulis komen: