Jalan² jumpa boiler Simunjan di tepi jalan 😲

Ahad, 11 April 2021, 9:30 am1,350

Pada zaman Rajah Putih hingga masuk zaman Jepun dulu, sekitar hujung 1930-an hingga 1945, menjadi pusat pelombongan arang batu, terutamanya di kawasan Gunung Ngeli ⁽¹⁾. Boiler yang digunakan untuk membakar batu arang sebelum bersedia menjadi bahan bakar ini, terletak di tepi jalan, di jalan masuk menuju bangunan Majlis Daerah Simunjan.

Kira² dalam tahun 2015 atau 2016, saya ada memandu melimpas boiler ini. Waktu tu binaan berbumbung yang melindungi boiler ini nampak usang, dengan struktur kayu & atap sheet metal yang nampak lama & lusuh.

169926208_283265946576555_2240155089547171713_n.jpg

① – Baru² ini, saya ada singgah lagi ke boiler ini, dan dapati di sekitar boiler telah dibina pagar, tiang kayu dah bercat baru & berbumbung baru, nampak seperti menggunakan atap shingles.

Kalau diikutkan gambar pada tahun 2019 ⁽²⁾, sepatutnya ada tulisan ‘Boiler Simunjan’, dengan perkataan ‘Boiler’ huruf merah, tapi sekarang hanya tinggal perkataan ‘Simunjan’, huruf I pun dah patah 😬.

170778296_283265953243221_1721416106179240010_n.jpg

② – Lantai pun dah disimen baru, ditambah dengan batu² kecil.

Terdapat beberapa injap di sepanjang silinder boiler ini, dan banyak lubang kecil di hujungnya. Saya tak pasti bagaimana ia berfungsi, mungkin terdapat lagi sambungan ruangan di bawah tanah? 🤔

170161059_283265969909886_2684017743973460457_n.jpg

③ – Di simpang masuk ke bangunan Majlis Daerah Simunjan, terdapat tugu ‘Burung Munjan’ ni. Tugu ini dulunya terletak di Padang Sentral Simunjan, yang kini dikenali sebagai Taman Komuniti Simunjan ⁽³⁾.

Selain daripada cerita tentang arang lembap & tembakau lembap, burung munjan ini juga dipercayai menjadi asal usul nama Simunjan.

⁽¹⁾ http://simunjan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/45-sejarah
⁽²⁾ https://goo.gl/maps/cURdrakaD8bKznZz8
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/04/taman-komuniti-simunjan-dalam-album-panorama-360/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/283266009909882/

Pingback: Banyak kampung tepi jalan, BKKS loop part 11

Tulis komen: