Seminggu lagi start puasa, hari ni saya belanja sushi Emart 🍣

Selasa, 6 April 2021, 12:00 pm1,217

Belanja gambar sushi jak lah 😅. Selain daripada set sushi yang paling murah – 6 biji dengan harga RM6.80, berikut adalah set² yang ada dijual di Emart ⁽¹⁾:

166856102_280508350185648_7877448515307839831_n.jpg

① – Ini set yang besar saiznya, 10 biji sushi dengan inti pelbagai, harganya RM10. Kalau rasa lapar sangat, barulah saya beli set ini 😆.

167046946_280508356852314_4846660123514084370_n.jpg

② – Ini set premium, ada banyak isi salmon & tauhu manis, harganya RM13.90. Ada masa tertentu kalau teringin nak salmon, barulah belanja lebih sikit.

Masih lagi murah daripada nasi kandar kambing 😁.

168765641_280508340185649_7048290171477651417_n.jpg

③ – Ini pula kacukan Korea & Jepun – set sushi bibimbap, harga RM7 sahaja. Macam nasi campur, ada lauk salmon goreng, telur rebus, sayur² macam acar timun + tomato & sos cili + mayonis.

Kalau beli set ni, kena bawa sudu sendiri, sebab tak disertakan sekali. Ini saya beli tahun lalu, waktu jalan² ke Lundu ⁽²⁾, tak ada bawa sudu, terpaksa makan bibimbap macam makan nasi lemak 😂.

Normal baharu, jalan² makan dalam kereta saja. ? Bukan, 🤪.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/08/cara-nak-bayar-secara-self-checkout-kat-emart-tabuan/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2020/10/jalan-ini-merupakan-jasa-peninggalan-arwah-tok-nan/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/280508423518974/

Pingback: Mencuba kimbap dari kedai Family Mart

Tulis komen: