Cara nak bayar secara self-checkout kat Emart Tabuan

117988696_171532824416535_3790511991363631608_n.jpg

Khamis, 20 Ogos 2020, 11:45 am

Cara nak bayar secara self-checkout kat Emart Tabuan.

Pertama kali saya tengok konsep sendiri scan kat kaunter bayaran pasaraya ni adalah di kedai Home Depot di Amerika. Senang betul kat sana, nak beli hardware material macam kayu², plywood & paip² pastu sendiri scan, bayar & sendiri angkut ke dalam trak masing², tak payah nak tunggu² pekerja.

Rasanya ni pun kaunter self-checkout yang pertama kat Kuching. Masih ada beberapa orang pekerja & pak guard yang menjaga laluan kaunter takut² ada yang keluar terus tak bayar 😅.

ni sebelum ini adalah Giant. Tapi Giant dah tutup awal dulu. Kalau nak bayar secara self-checkout kat sini, boleh guna kat debit / kredit dan e-wallet seperti Sarawak Pay, Boost & Touch ’n Go eWallet.

Tapi kaunter ni untuk mereka yang membeli 10 barangan ke bawah saja. Kalau lebih, kena berbaris kat kaunter lain.

Kat kaunter tu ada skrin touchscreen besar. Mula² dia tanya kalau ada kad membership. Pilih Yes pastu scan kad member. Pastu boleh mula scan barang² yang dibeli, sama macam orang tembak suhu kat dahi, tapi yang ni tembak kod bar kat barangan.

Beg plastik ada disediakan, ada lain² saiz, jadi boleh ambil & bungkus terus barangan. Nak lebih mesra alam, bawa beg shopping sendiri ♻️.

Bila dah habis scan, pilih Pay now. Pilih bayar guna cara e-wallet atau kad debit / kredit. Saya pilih kad debit / kredit, pastu tap kad pada mesin kad, nanti dia scan secara Paywave 💳.

Bila bayaran berjaya, resit kedai akan keluar. Resit bank dari mesin kad pun akan keluar, satu salinan untuk kedai, nanti pekerja atau pak guard akan ambil. Ada pilihan untuk print customer copy, kalau pilih Yes, akan print salinan untuk simpanan anda sendiri.

Sebaiknya lepas guna semua mesin self-checkout tu tadi, terus cuci tangan dengan hand sanitizer. Ini normal baharu, bukan setakat SOP.

Keseluruhan proses, saya kira² tak sampai 2 minit, mungkin sebab beli 3 barang saja. Tapi kalau 10 barang pun takkan terlalu lama. Dulunya yang selalu buat lambat adalah mesin debit / kredit kad, mungkin internet connection yang lembap, tapi kali ni guna Paywave, cepat saja processing, dan dah tak susah kalau lupa bawa syiling 😎.

P.s: dalam Emart Tabuan ada kedai 🍣 macam dalam Aeon Mall 🤩. Harga set dalam RM6 hingga RM20.

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: