Tortilla wrap gawai 🌯

Selasa, 1 Jun 2021, 11:55 am

Tortilla wrap gawai 🌯.

Raya lalu saya cuba buat steak style bushcraft ⁽¹⁾. Tapi sekarang tengah PKP, tak dapat nak ke hutan bercamping, jadi untuk hari ni saya cuba buat tortilla wrap, dengan isi ramuan yang mudah – daun salad, tomato ceri & telur rebus, ditambah salsa.

Percubaan kali pertama & kedua, saya tak dapat nak agak berapa banyak isi nak letak, sekali tengok terlalu banyak 😅. Dalam video di bawah, untuk percubaan kali pertama, isi tortilla tu kalau dibahagi dua barulah sesuai, dapat gulung wrap dengan baik.

Wrap ini boleh macam tu saja, ataupun di-toast atas frying pan, sehingga kekal bentuk gulungan. Lebih kurang macam makan roti paon, kalau buat jadi roti bakar, lebih rasa tekstur rangup. Kalau tak di-toast, rasa macam roti canai sejuk 😆.

Bagi yang belum pernah merasa salsa, ia adalah sejenis sos dari Mexico, diperbuat daripada tomato, bawang besar, bawang putih, cili jalapeno, capsicum merah, jus lemon & pelbagai rempah perasa. Baunya macam sos cili, rasa pun lebih kurang macam sos cili, cuma tak pedas, hanya ada aroma cili jalapeno, dan majoriti rasanya masam manis tomato. Yang membezakannya dengan sos cili biasa ialah masih ada kepingan bawang, cili & capsicum dalam sos, tak semua bahan dikisar sekali.

⁽¹⁾ azwan082.my/2021/05/steak-bushcraft-aidilfitri

Komentar :

Topik² lain:

Apple dashcamdrive DIY duit ekonomi emau gitar hargapetrol howto jalan kebun kereta kpop Kuching lagu laptop LigaMalaysia LigaSuper2020 LigaSuper2021 Mac makan mercutanda minimalis Miri muzik PanBorneo panorama360 pasaraya Perodua politik puasa raya resipi RunningMan sayur Serian Sibu Simanggang spotify StreetView Thinkpad TSMY vivaturbo workout YT