Tortilla wrap gawai ๐ŸŒฏ

193195125_314346990135117_7220957511724839782_n.jpg

Selasa, 1 Jun 2021, 11:55 am

Raya lalu saya cuba buat steak style bushcraft โฝยนโพ. Tapi sekarang tengah PKP, tak dapat nak ke hutan bercamping, jadi untuk hari ni saya cuba buat tortilla wrap, dengan isi ramuan yang mudah – daun salad, tomato ceri & telur rebus, ditambah salsa.

Percubaan kali pertama & kedua, saya tak dapat nak agak berapa banyak isi nak letak, sekali tengok terlalu banyak ๐Ÿ˜…. Dalam video di bawah, untuk percubaan kali pertama, isi tortilla tu kalau dibahagi dua barulah sesuai, dapat gulung wrap dengan baik.

Tengok kat Instagram

@azwan082

Wrap ini boleh macam tu saja, ataupun di-toast atas frying pan, sehingga kekal bentuk gulungan. Lebih kurang macam makan roti paon, kalau buat jadi roti bakar, lebih rasa tekstur rangup. Kalau tak di-toast, rasa macam roti canai sejuk ๐Ÿ˜†.

Bagi yang belum pernah merasa salsa, ia adalah sejenis sos dari Mexico, diperbuat daripada tomato, bawang besar, bawang putih, cili jalapeno, capsicum merah, jus lemon & pelbagai rempah perasa. Baunya macam sos cili, rasa pun lebih kurang macam sos cili, cuma tak pedas, hanya ada aroma cili jalapeno, dan majoriti rasanya masam manis tomato. Yang membezakannya dengan sos cili biasa ialah masih ada kepingan bawang, cili & capsicum dalam sos, tak semua bahan dikisar sekali.

โฝยนโพ https://azwan082.my/2021/05/steak-bushcraft-aidilfitri/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/314347006801782/

Pingback: Tortilla wrap lagi untuk gawai ๐ŸŒฏ

Tulis komen: