Rasmi dah Olimpik Tokyo 2020 bermula

Jumaat, 23 Julai 2021, 9:35 pm
#SukanOlimpik yang unik, berlangsung di tengah² pandemik, setahun ditunda. Stadium hampir kosong tak ada penonton. Lama tunggu kontinjen Malaysia keluar, tengok senarai negara yang keluar tak ikut susunan abjad .
Kita ada ramai atlet prospek pingat emas, kali ini saya jangka pocket rocket man atau Pandelela yang mungkin akan menjadi atlet pertama yang mendapat emas .
P.s: atlet, pegawai & tetamu dalam stadium semua pakai pelitup muka, rasanya tadi kontinjen Tajikistan saja yang rilek saja tak pakai mask .
P.s.2: Kontinjen Rusia menggunakan nama ROC untuk olimpik kali ni, sebab ada kes berkenaan program doping ⁽¹⁾.
⁽¹⁾ https://en.as.com/en/2021/07/23/olympic_games/1626995433_877674.html
24 Julai 2021
Cuti hari Sarawak berkerajaan sendiri
22 Julai 2021