Dah cuba game Doodle Champion Island?

203614052_349546363281846_4505570410318060037_n.jpg

Selasa, 27 Julai 2021, 9:00 pm653

Sempena Tokyo 2020, ramai yang memberi sokongan & tak kurang juga yang mengambil bahagian acara debat online pasal atlet² yang terlibat. Saya tak minat benda² debat ni, saya lebih suka main computer saja, lebih² lagi mencuba game yang dimasukkan dalam browser Google Chrome ini, ambil feel musim olimpik.

Game Doodle Champion Island ⁽¹⁾ ni boleh dimainkan apabila buka tab baru dalam Google Chrome. Grafik dia jenis 2D & control macam game Pokemon untuk GameBoy. Anda bermain sebagai seekor kucing yang pergi ke sebuah pulau & melawan sifu² sukan di sana untuk menjadi legend.

Sukan² yang disertakan ialah ping pong, skateboarding, memanah, ragbi, renang berirama, mendaki & maraton. Saya hanya sempat habiskan game ping pong, lepas tu sangkut dalam acara mendaki (wall climbing), agak susah juga nak control game panjat dinding tu dengan ada had masa 😅.

Time duduk rumah sekarang, boring² boleh la cuba main. Kalau tak pakai Google Chrome, boleh jugak cuba main guna link ni ⁽²⁾.

⁽¹⁾ https://www.google.com/doodles/doodle-champion-island-games-begin
⁽²⁾ https://g.co/doodle/bhg9er6

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/349546539948495/

Tulis komen: