Map BKSS loop setakat ini

198289090_347469840156165_5054525214713769621_n.jpg

Sabtu, 24 Julai 2021, 3:00 pm285

Saya hanya sempat rekod perjalanan hingga ke Asajaya saja. Buat masa sekarang, masih lagi kena sekatan rentas daerah, tak dapat sambung rekod video , jadi hanya tengok map saja dulu, setakat mana tempat yang dah dilalui:

Ada beberapa tempat berhenti & sambung jalan yang tak sama, tapi lebih kurang dekat saja tempat dia, macam kat Tasik Biru & Shell Bau, Annah Rais Hotspring & tempat parking Kpg Annah Rais dan juga Petronas Tebedu & Pasar Tebedu. Tak tau pulak berapa jumlah keseluruhan jarak perjalanan ni, mungkin lebih 200km, siapa² yang rajin tolong sukat 😅.

Berdasarkan map di atas mungkin dah dapat agak jalan mana yang nak dipakai. Harapnya cepatlah PPN dapat beralih ke fasa seterusnya, bila dah boleh rentas daerah nanti barulah sambung balik.

Dengar cerita indikator nilai ambang kes baru dah ditukar kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori atau kes kematian. Lebih kurang sama seperti yang saya jangkakan ⁽¹⁾, harapnya makin kecil nombor yang kita lihat dilaporkan setiap hari, supaya memberi gambaran pandemik ni dapat dikawal & kita dapat dibenarkan jalan² semula 🙏.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/sampai-bila-pkp-ni-%f0%9f%98%a4

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/347469870156162/

Tulis komen: