Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cuti hari Sarawak berkerajaan sendiri

221635292_345903796979436_586902048846551091_n.jpg

Khamis, 22 Julai 2021, 12:00 pm0

Bila bercakap tentang hari Sarawak 22/7, kita mesti teringatkan pada arwah Tok Nan yang menyatukan rakyat Sarawak & tarikh ini menjadi simbolik kepada usaha tersebut. Walaupun tarikh pada tahun 1963 ini bukanlah tarikh kemerdekaan Sarawak secara fakta sejarah ⁽¹⁾, tapi majoriti orang Sarawak bersetuju untuk bersama² meraikan hari ini sebagai hari terbina sebuah identiti Sarawak yang bersatu.

ini yang terletak di Pantai Tanjong Batu ⁽²⁾, , dilukis sebagai tanda penghargaan & penghormatan terakhir kepada Tok Nan yang berjasa besar menyatukan pelbagai kaum & membangunkan negeri ⁽³⁾.

Antara pembangunan yang diusahakan Tok Nan adalah Pan Borneo ke Teluk Melano & jalan ke Pantai Pugu ⁽⁴⁾. Kalaulah Tok Nan masih ada, mungkin dah siap jalan yang sangat diperlukan rakyat Sarawak, iaitu jalan Miri – Limbang – Lawas tanpa melalui Brunei. Lebih² lagi dalam era pandemik sekarang, tak ada jalan alternatif untuk rakyat Sarawak di sana apabila Brunei menutup sempadan.

YB Limbang tu boleh la rilek ke sana ke sini naik halikupta 🚁.

⁽¹⁾ https://sarawakvoice.com/2018/07/21/22-julai-tarikh-sarawak-berkerajaan-sendiri/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/03/pantai-tanjong-batu-bintulu-dalam-album-panorama-360/
⁽³⁾ https://www.utusanborneo.com.my/2017/01/16/warga-bintulu-tidak-ketinggalan-beri-penghormatan-terakhir
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2020/10/jalan-ini-merupakan-jasa-peninggalan-arwah-tok-nan/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/345903860312763/

Tulis komen: