Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

HDMI port penuh, guna kabel audio video (AV) untuk sambung MyTV

232488114_357166809186468_8104897040485275394_n.jpg
232691448_357166775853138_1252082331589548915_n.jpg

Ahad, 8 Ogos 2021, 8:45 pm0

TV ni hanya ada 2 port HDMI, satu dah cucuk , satu lagi sambung dengan . Chromecast untuk tengok video streaming dari Plex, Youtube, Facebook atau mana² streaming service yang support Chromecast & dikawal dari smartphone. Laptop pula untuk main 😁.

Jadi dekoder ni dah tak dapat guna HDMI. Mula² saya cuba guna sambungan kabel aerial pada port ‘Loop Out’, tapi bila scan kat TV, tak jumpa signal. Tu yang saya pilih guna kabel AV ni, kabel yang sama dulu² untuk sambung DVD player ke TV.

Dapat jugalah signal TV dari dekoder, cuma kualiti rendah, nampak macam 480p. Kalau guna HDMI nampak 1080p full HD, macam betul-betuuul 🤣.

Sempat jugak tengok majlis penutupan Tokyo 2020. Jangkaan pingat emas meleset, tapi tak apa, Pocket Rocketman kita berjaya memperoleh perak untuk acara keirin ⁽¹⁾.

Tahniah skuad Malaysia 🎉.

P.s: Upacara menurunkan bendera Olimpik, ada penyanyi soprano, lalu teringat drama Penthouse, Cheon Seo-jin vs Oh Yoon-hee 😆.

⁽¹⁾ https://www.thestar.com.my/sport/cycling/2021/08/08/superb-azizul-wins-silver-but-olympics-gold-wait-continues

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/357166842519798/

Tulis komen: